Mantan PM tertipu

1332

Tinjauan Buletinonline mendapati di lokasi perhimpunan sempena kempen pilihanraya kecil Bukit Gantang itu rata-rata mereka yang hadir bukanlah terdiri dari rakyat tempatan mahupun pengundi dalam kawasan tersebut.

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/03/IMG_1611.jpgPerkara tersebut turut disahkan oleh Pengarah Pilihanraya PAS Dato’ Mustafa Ali yang membuat pendedahan ‘hadirin palsu’ yang  memenuhi padang adalah didatangkan dari daerah berdekatan.

“Mereka melakukan sedemikian adalah untuk memastikan Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir masih mempunyai sokongan yang padu daripada rakyat”.

“beliau (Tun Dr. Mahathir) lebih hebat daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Najib Razak,” kata Dato’ Mustafa

Mengulas lanjut, Pesuruhjaya PAS Terengganu itu berkata, “sekiranya para hadirin tidak diimport, secara psikologinya, maka sokongan moral akan menurun atau melemahkan semangat Kempen BN untuk pilihanraya P059 Bukit Gantang kali ini”.