SETIU – Mantan Yang DiPertua (YDP) PAS Setiu Ustaz Mohd Pauzi Muda tidak mempertahankan jawatannya pada Mesyuarat Agong Tahunan PAS Kawasan Setiu Kali Ke 35 yang berlangsung pada Sabtu lalu.
Beliau yang ditemui berkata, hanya bertanding bagi jawatan Timbalan YDP PAS Setiu dan beliau menang dalam pemilihan yang diadakan pada 21 September di Markaz PAS Luqman al-Hakim, Guntong dekat sini.


Sehubungan itu, kekosongan jawatan utama tersebut telah menyaksikan pertandingan sengit tiga penjuru di antara Yang DiPertua berlaku diantara Timbalan YDP yang juga Mantan ADUN Jabi Ustaz Saharizukirnain Abd Kadir, Naib YDP Dr Azman Ibrahim dan mantan YDP Haji Ghani Che Ambak.
Para perwakilan akhirya memilih Ustaz Saharizukirnain sebagai YDP Setiu yang baru bagi sesi 2013 – 2015.
Mesyuarat tersebut yang dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang Ustaz Idris Ahmad turut dihadiri oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah, selaku wakil Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.
Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Setiu yang baru Mohd Zaidan Abdullah berharap kepimpinan baru PAS Setiu dapat bekerja lebih kuat bagi membuat persiapan menghadapi piliharaya umum kali ke-14.
Beliau yang memegang amanah sebagai Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu pada sesi lalu berazam untuk ‘melonjakkan’ sokongan pengundi Setiu bagi sekurang-kurangya memberi satu kerusi, sebagai saham untuk menawan Wisma Darul Iman.





























