Oleh : Fatihah Yazib (Peserta Bengkel)
BESUT – Para peserta ‘Bengkel Media’ diharap dapat memanfaatkan ilmu kewartawanan yang diperolehi sepanjang bengkel tersebut di lapangan masing-masing.
Ketua Penerangan PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Syukri Wan Isa berkata bengkel tersebut dianjurkan untuk memperkasakan jentera menjelang pilihan raya umum akan datang.


“Kalau boleh, selepas bengkel ni, banyak berita dari Besut di Buletin Online, Harakah…….di Besut ni, banyak isu besar tapi, tidak didedahkan,”ujarnya.
Beliau berkata demikian kita berucap pada Majlis perasmian bengkel itu yang telah diadakan di Dewan Haji Salleh, Alor Lintah, dekat sini pada Sabtu, 4 Februari.


Menurut Utaz Wan Syukri, bengkel itu yang diadakan dengan kerjasama Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) Terengganu adalah julung-julung kali seumpamanya, di adakan di kawasan Besut.


Seramai 20 orang peserta yang mewakili keempat-empat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Besut hadir dalam bengkel itu.






























