Mana Van Untuk Rawatan Rehabilitasi?

1214

Oleh : Nooreni Abu Bakar

KUALA NERUS – Ketua Lajnah Kebajikn Majilis Tindakan Dewan undangan negeri (DUN) Seberang Takir, Haji Azman  Abdullah telah menziarahi EncikShukri Bin Mohamed @ Awin, 34 tahun di Taman Batin Perdana , Kampung Batin pagi tadi.

“Selain dari strok separuh badan , suami saya juga mengidap penyakit jantung, darah tinggi, saraf dan komplikasi buah pinggang akibat dari pengambilan ubat,” ujar Puan Norizan, 27, isteri En. Shukri yang merupakan seorang surirumah sepenuh masa.

Dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan, memang tidak mencukupi, tambahan lagi ansuran rumah flat  sebanyak RM240 sebulan perlu juga dibayar,”  tambah Norizan

IMG-20150821-WA0000Shukri yang menggunakan kerusi roda untuk pergerakan seharian, amat memerlukan bantuan orangramai untuk menampung perbelanjaan seharian kos tambang untuk mendapatkan rawatan Rehabilitasi di Telaga Daing dekat sini.

Walaupun sebelum ini, Menteri Besar yang juga ADUN Seberang Takir, Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman  mendakwa pihaknya menyediakan van untuk mendapatkan perkhidmatan  Rehabilitasi untuk pesakit saraf.

Persoalannya, kata Haji Azman, ke mana perginya van tersebut dan apabila diajukan kepada Pusat Khidmat, jawapan yang diterima ialah van sibuk digunakan untuk Pusat Khidmat DUN Umno dan Barisan Nasional. Jadi beliau terpaksa menggunakan perkhidmatan  teksi yang kosnya amat membebankan.

Ziarah yang juga disertai Ketua Muslimat PAS DUN Seberang Takir ,  Ustazah Fadilah Binti Mohamed, turut menyampaikan sumbangn dari pihak Muslimat PAS DUN Seberang Takir dan PAS Cawangan Taman Permint Perdana bagi  meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh keluarga ini.

Kepada yang ingin membantu, sebarang bantuan boleh disalurkan dengan menghubungi Puan Norazian ditalian 013 9903560.

Share Via Sec-Notes