Terengganu, Malaysia

Malaysia Milik Pembangkang

Malaysia Milik Pembangkang

Oleh : Adli Mohamad.

DUNGUN – Suasana politik kini, menunjukkan tidak mustahil bagi pembangkang untuk menguasai Malaysia pada pilihan raya umum ke-15 akan datang.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, berdasarkan analisis yang dilakukan dan keputusan pilahan raya Kecil Cameron Hingland serta di Semenyih membuahkan hasil ‘ta’awun’ yang cemerlang

“Sembilan peratus pengundi muda beralih arah dari Pakatan Harapan (PH) kepada PAS dan juga UMNO.

“Barangkali ramai beranggapan bahawa ia sedikit, sebenarnya tidak. Kajian kita (PAS) yang lepas, DAP hanya perlukan lima peratus sahaja undi Melayu di kawasan-kawasan strategik mereka untuk memastikan (mereka) menguasai kerusi seperti sekarang, “ujarnya.

Malaysia Milik Pembangkang

Beliau berkata demikian, ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun, diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Dungun, pada Sabtu 16 Mac.

Menurut beliau, dengan keadaan semasa yang ditunjukkan, Selangor pastinya akan menjadi milik pembangkang.

“Dan tentunya lebih mengembirakan kalau ‘trend’ ini berterusan, dengan izin Allah, kita boleh menobatkan Tuan Guru Presiden PAS sebagai salah seorang menteri kabinet kanan (Malaysia) pada PRU 15 akan datang,” ujarnya.

Perkara itu ujarnya, tidak mustahil akan berlaku, jika segala janji Pakatan Harapan masih tidak ditunaikan.

Menurutnya pada pilihanraya yang lepas bukan sekadar berpenat lelah dan semata-mata melihat kepada konteks kejayaan PAS merampas Terengganu dan mengekalkan kemenangan di Negeri Kelantan, sebaliknya telah melakukan analisis dari PRU berkenaan dan juga melalui PRK yang telah diadakan.

Malaysia Milik Pembangkang“Analisis kita di Cameron Highland pengundi-pengundi PAS ‘wala’ kepada arahan pimpinan, didalam keadaan mereka mempunyai sejarah bersama dengan UMNO Barisan Nasional.

“Samada manis ataupun pahit, mereka ketepikan kerana arahan pimpinan untuk memberikan undi kepada calon UMNi Barisan Nasional,” jelasnya.

Dan jelasnya corak PRU 14 dikekalkan dimana pengundi-pengundi Felda memberi undi kepada pembangkang khususnya kepada PAS.

” Sebab itulah PRU 14 kita dapat lapan kerusi di Negeri Pahamg kerana undi dari sahabat-sahabat kita di Felda,” ujarnya.

Dan tambah beliau, Allah mentakdirkan berlakunya PRK kecil di Semenyih yang membuktikan bahawa gabungan taawun diantara PAS dan UMNO selepas sembilan bulan sepuluh hari menunjukkan penolakkan terhadap PH adalah perkembangan semasa yang berlaku di dalam negara.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan