Pentingnya media kepada perjuangan tiada siapa yang menafikannya. Insan media adalah mereka yang berada di belakang tabir untuk melapor dan terus melapor dengan berani, telus dan bertanggungjawab.
Tunjang kepada pengiat media PAS Terengganu berbakti di bawah Unit Media, Lujnah Penerangan & Hubungan Media PAS Terengganu dengan sokongan Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI).
Operasi media yang besar ini dengan matlamat yang besar memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit.
Ke arah matlamat ini, Kami menganjurkan Majlis Makan Malam Media bersama Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS sebagai acara tahunan bagi tujuan pencarian dana untuk menampung pelbagai aktiviti media dalam dan luar negara.
Sehubungan dengan itu, dengan penuh takzim kami mengundang Tuan, Puan, Dato’, Datin untuk turut serta bersama kami hadir dan memeriahkan majlis makan malam ini. Tempahan boleh dilakukan dengan menghubungi wakil kami sebagaimana yang tertera.
Dr Azman Ibrahim
Pengerusi
Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu
5 April 2016



























