Majlis Sempena Raya Batu Rakit ‘Diserang’ Pengunjung

1159

Oleh : DMS

SETIU – Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (TD) Batu Rakit telah ‘diserang’ lebih dari 500 orang yang hadir bersama keluarga mereka ke program sempena sambutan hari raya, di pejabatnya Kampung Pancur Kuin pada Rabu.

IMG-20160715-WA0010Majlis yang diadakan pada sebelah malam itu ternyata mendapat sambutan yang di luar jangka dari pelbagai golongan umur yang menyaksikan ianya adalah sambutan yang terbaik pernah di anjurkan.

“hari raya adalah hari kegembiraan dan kemenangan bagi umat islam,dan kemenangan ini perlu kita kekalkan bersama dengan kemenangan yang akhir adalah kemenangan islam yang menyeluruh,

“kemenangan yang akan kita buru selepas ini adalah berkenaan rang undang-undan islam (RUU) yang akan di bahaskan di parlimen pada sesi terdekat nanti dan kita sama-sama berdoa,berharap agar usaha kita ini akan dapat memartabatkan Islam dalam negara kita nanti,in sya allah,”kata Ketua Pemudanya Ustaz Shafizi Ismail, ketika menyampaikan taujihat Syawal di hadapan tetamu yang hadir.

IMG-20160715-WA0011Sementara itu pengerusi DUN, Ustaz Mohamad Nazari Alias melahirkan rasa kegembiraan dengan kahadiran luar jangka pada setiap program DUN yang diadakan sejak kebelakangan ini di samping mengingatkan kegembiraan yang disambut pada hari raya ini telah ‘dirobek’ dengan kenaikan harga minyak dan kutipan tol di LPT 2 yang telah dinumumkan oleh kerajaan.

“dalam keghairahan kita menyambut aidilfitri ini kita jangan kita lupa bahawa selepas ini kita akan terus terbeban dengan kenaikan harga minyak dan perlaksanaan kutipan tol di LPT 2 yang sudah semestinya akan meningkatkan lagi harga barangan dan kos sara hidup.

“maka marilah kita mengekalkan kemenangan dari peristiwa peperangan ahzab ini di PRU nanti,”ujarnya

IMG-20160715-WA0012Beliau juga tidak menolak kehadiran luar jangka mereka yang hadir pada program itu adalah sebahagian dari tanda protes rakyat yang inginkan PAS memimpin selepas PRU yang akan di adakan nanti.

Di majlis itu juga sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir turut memeriahkan suasana di samping pelbagai menu telah di sediakan.Turut hadir dalam memeriahkan program YDP Kawasan Setiu Ustaz Shaharizukirnain dan ahli jawatankusanya serta penjawat awam dari klinik kesihatan yang berdekatan.