Mahkamah Mesir Rujuk 188 Defendan Kepada Mufti, Untuk Hukuman Mati

799

Menurut sumber kehakiman, mahkamah Mesir pada Selasa telah merujuk 188 defendan kepada mufti besar untuk dipertimbangkan, agar dijatuhkan hukuman mati

Majoriti daripada mereka adalah penyokong presiden yang digulingkan Mohamed Morsi, didakwa terbabit dalam perbincangan di sebuah balai polis di bandar Kerdasa dan membunuh 11 anggota polis.

“mahkamah jenayah Giza telah merujuk 188 defendan (yang terbabit) dalam pembunuhan beramai-ramai Kerdasa kepada mufti,” kata sumber itu kepada Agensi berita Anadolu.

Sumber itu menambah, mahkamah akan mengeluarkan keputusan dalam kes itu pada 24 Januari.

Pendapat mufti tidak mengikat kepada hukuman dijatuhkan mahkamah, tetapi undang-undang Mesir mewajibkan ia perlu bagi hakim untuk mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama itu mengenai mana-mana hukuman mati.

Defendan telah disabitkan dengan menyerang sebuah balai polis di Kerdasa pada bulan Ogos tahun lepas berikutan penyingkiran Morsi oleh tentera dan membunuh 11 anggota polis.

Serangan itu berlaku, tidak lama selepas pasukan keselamatan dengan ganas membubarkan dua tapak bantahan penyokong Morsi di Kaherah, Dataran al-Nahda Square dan Dataran Raba’a al-Adawiya, di mana beratus-ratus penunjuk perasaan terbunuh.

Morsi, pemimpin pertama dipilih secara bebas diMesir, digulingkan oleh tentera pada tahun lepas – dan kemudian dipenjarakan atas tuduhan jenayah, berikut demonstrasi besar-besaran terancang, terhadap beliau.

Ekoran kejadian tersebut, kerajaan al-Sisi telah mengharamkan Ikhwanul Muslimin dan dilabel sebagai sebuah pertubuhan pengganas.