Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis) zon Timur yang mula berkumpul pada jam 4.20 petang bersurai dengan aman sekitar jam 5.30 petang, setelah kenderaan yang dinaiki Najib, berlalu dengan laju melintas himpunan mereka, tanpa menghiraukan kelompok tersebut. [Gambar atas kiri]
Menurut Presiden Gamis Pusat Muhammad Azan Safar, mahasiswa akan terus berhimpun dan bersuara serta tidak takut kepada mana-mana ancaman dari mana-mana pihak termasuk sebarang ancaman dari pihak yang berkuasa.


“kita nak bawa satu memeorandum (tujuan) apa kita datang ke Terengganu, isu runtuh…….stadium baru tiga tahun runtuh……runtuh lagi! kawan-kawan kita mahasiswa (yang pergi) di Pekan, untuk bertemu dengan masyarakat……..mereka telah dihalau oleh samseng-samseng, boleh jadi datang dari Umno,”ujarnya. [Lihat Video]


Beliau menegaskan, walaupun diugut dan diganggu oleh samseng Umno, mahasiswa tidak perlu takut dan gentar kerana mahasiswa adalah golongan yang berani, tidak takut dan bacul.
Sebelum itu, Pengerusi Gamis Terengganu Muhammad Raimi bin Abdul Rauf memaklumkan, himpunan mereka di Pulau Duyong itu turut diganggu oleh ‘samseng Umno’ tempatan, yang mengugut supaya para mahasiswa tidak meneruskan himpunan tersebut.
Katanya, seorang pemimpin mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berasal dari Kampung Tok Beng Seberang Takir, Faiz Ismail, telah diberi amaran keras, supaya keluar dari Pulau Duyong.
Katanya, pertikaman lidah antara Faiz dengan ‘samseng umno’ tempatan, Faiz telah diugut akan diambil tindakan keras, sekiranya tidak keluar dari Pulau Duyong.
“Faiz telah diugut supaya keluar dari Pulau Duyong, dia (samseng Umno) berkata, keluar dari Pulau Duyong atau pun keluar dengan cara kekerasan, mereka kata kalau Faiz orang Duyong, dia (kena) tahu perangai oang Duyong….jahat cara jahat……….baik cara baik,”ujar Muhamad Raimi menceritakan insiden tegang tersebut. [lihat Video]


























