Terengganu, Malaysia
Kenyataan Media

Mahasiswa dan Anak Muda Terengganu Perlu Buat Perubahan – Safwan Anang

http://buletinonline.net/v6/images/stories/berita50/IMG_3730.jpg

iaitu Majlis Apresiasi dan Resepsi Kecemerlangan Pendidikan Terengganu negeri Anjung Ilmu yang berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak

Memetik apa yang diucapkan beliau semasa majlis berkenaan adalah berbunyi;

“Komitmen dan kesungguhan kepimpinan kerajaan negeri telah mengangkat martabat pendidikan negeri dan berada di tangga teratas khususnya dalam keputusan peperiksaan awam di negara ini.

Dan beberapa langkah kerajaan negeri menjadi ikutan pihak Pusat termasuk mengagihkan e-Book secara percuma kepada pelajar Tahun Empat, Lima dan Enam, menubuhkan Kelas Maya, mengadakan pertukaran Guru Bahasa Inggeris, menaja pelajar perubatan keluar negara dan menaja pelajar cemerlang ke 10 buah universiti terkemuka dunia.

Saya harap anak Terengganu terus melangkah ke depan mengejar impian menjadikan sebuah Negeri Anjung Ilmu demi membina bangsa yang berjaya dan membentuk keluarga bahagia “.

Persoalan yang saya cuba timbulkan adalah apabila seperti mana yang kita sedia maklum nasib 9 rakan mahasiswa yang sedang mengikuti pengajian di Mesir masih belum terbela sehingga ke hari ini apabila pembiayaan pinjaman daripada Yayasan Terengganu masih disekat sehingga ke hari ini. Alasan pinjaman mereka disekat adalah hanya kerana menyatakan sokongan terhadap Himpunan Menuntut Pilihanraya Bersih dan Adil 3.0 yang lalu.

Dan salah seorang daripada 9 mahasiswa tersebut terpaksa akur dan terdesak bagi meneruskankan semula pembiayaan yang berjumlah lebih RM 300, 000 akhirnya membuat rayuan sehingga menafikan penglibatannya dalam perhimpunan tersebut yang secara sah dan tidak melanggar apa-apa peruntukan dalam perlembagaan. Bahkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Julai 2012 mengisytiharkan bahawa badan gabungan Bersih adalah sah dan tidak boleh diisytihar haram seperti kata Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Apa yang mengecewakan kami adalah sikap angkuh dan berdolak dalik Ahmad Said yang masih menggunakan kuasanya menyekat hak mahasiswa untuk mendapatkan pembiayaan pendidikan sama ada dalam bentuk pinjaman mahupun biasiswa. Ternyata bekas MB Terengganu pasca pembubaran parlimen dan Dun keseluruhannya ini masih menggunakan taktik politik lapuk iaitu politik ugut.

Bahkan perkembangan kes 8 mahasiswa Terengganu yang masih belum selesai ini pernah mendapat perhatian Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato Saifudin Abdullah yang menyatakan kesediaan beliau untuk berbincang lanjut dan menyelesaikannya secepat mungkin. Namun perkara ini langsung tidak pernah terlintas dalam kepala bekas MB ini apabila beliau sendiri menolak permintaan kesemua mahasiswa serta ahli keluarga yang mahu bertemu dan berbincang secara ‘gentlemen’.

Sikap dan pendirian bekas MB ini jelas menunjukkan beliau sama sekali tidak layak menerima apa jua anugerah terutama dalam hal meningkatkan mutu pendidikan anak negeri Terengganu. Bahkan saya merasakan slogan tranformasi yang dilaungkan hanyalah retorik dan tinggal slogan semata-mata. Hak mahasiswa dan anak negeri Terengganu adalah mendapatkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti seperti sedia maklum bahawa negeri Terengganu kaya dengan sumber petroleum yang akan dijadikan sumber pendapatan kerajaan negeri dari hasil royalti. Namun perkara tersebut tidak akan terlaksana di bawah pemerintahan Barisan Nasional.

Akhirnya, saya menyeru kepada semua mahasiswa dan anak muda mesti pulang menunaikan tanggungjawab mengundi nanti serta membuat perubahan besar dalam arus politik di Terengganu yang ternyata gagal di bawah pentadbiran bekas MB Ahmad Said.

Safwan Anang
Pengerusi
Solidariti Mahasiswa Malaysia

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan