“wahai manusia,sesungguhnya kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal mengenal dan bertolong menolong antara kamu. Sesungguh org yang paling mulia disisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Sesungguhya Allah maha mengetahui lagi maha mendalam pengetahuannya”( ayat ke 13 surah al –Hujarat)
Semua manusia dijadikan dari Adam dan Hawa. Keturunan bangsa-bangsa yang ada diatas dunia hari ini asalnya dari keturunan Nabi Nuh as. Dari zuriat Nabi Nuh Sam, Ham dan Yam. Dari Sam lahirnya bangsa Sematik, Yahudi, Arab dan Eropah. Dari Yam lahir bangsa Asia Tengah, China, India, Melayu dan sebagainya. Dari Yam lahirnya bangsa dari benua Afrika. Ini asal keturunan bangsa-bangsa yang wujud hari ini.
Kita hidup saling memerlukan antara satu sama lain. Tak ada manusia yang boleh hidup sorang diri tanpa berhubung dengan orang lain.Bbegitu juga bangsa atau negara mesti berhubung untuk mendapat satu-satu keperluan. Tidak ada negara yg mengeluarkan semua hasil keperluan manusia. Walaupun pakaian antara kita (bangsa) berbeza tapi dihasil dari bahan yang sama. Walaupun makanan kita berbeza tapi peralatan yang diguna untuk memasak adalah sama. Oleh itu kita perlu berhubung antara satu sama lain.
Islam mengajar perdamaian sesama bangsa dan antarabangsa. Islam melarang perkelahian antara bangsa. Apabila ada kaum atau bangsa yang dizalimi walaupun dia bukan Islam, orang Islam wajib memberi perlindungan.
Arwah datuk saya dahulu seorang penghulu mukim di Rusila. Masa tu perang China dan Jepun. Ramai pelarian-pelarian China mendarat di pantai Rusila. Datuk selaku penghulu disitu telah bertindak memberi perlindungan kepada pelarian ini degan mengumpul mereka dihutan Rusila. Pelarian ini dihantar makanan setiap hari. Perkara ini dirahsiakan daripada orang awam kerana jika diketahui oleh British, pelarian ini akan diambil tindakan. Ini prinsip Islam yang diamalkan oleh Datuk saya. Membantu orang yang dizalimi walaupun dari dikalangan orang yang bukan Islam.
Di zaman penjajah British orang-orang Cina telah diasingkn oleh British di kampung-kampung baharu kerana orang-orang Cina dianggap komunis oleh British. Parti Hizbul Muslimin juga diharamkan oleh British dan dituduh ada kaitan dgn komunis. Status kampung-kampung Baharu Cina tidak selesai hingga berpuluh tahun kerajaan BN memerintah. Bila PAS mengambil alih kerajaan Terengganu isu status tanah penempatan msayarakat Cina ini telah diselesaikan. Kerajaan PAS 1999-2004 juga telah menghapuskan cukai pintu rumah kediaman. Ini kerana hasil royalti minyak yang diterima oleh kerajaan Terengganu sudah cukup untuk mentadbir negeri. Orang Cina banyak yang dapat manfaat sebab majoriti masyarakat Cina tinggal di bandar yang sebelum ini dikenakan cukai pintu.
Begitu juga di Kelantan PAS mentadbir kelantan sudah lebih 20 tahun walaupun hasil Kelantan tak banyak. Orang-orang bukan Islam selesa dibawah pemerintahan PAS. Semua dapat manfaat. Seorang bekas menteri wanita dari MCA, Ng Yen Yen pernah mengakui menerima biasiswa pendidikan dari kerajaan Kelantan. Ini pemerintahan Islam yang PAS nak tunjuk.
Islam bertapak di China lebih dahulu dari tanah melayu. Tanah Melayu menerima Islam kira-kira 800 tahun dahulu sedangkan China telah menerima Islam lebih 1400 tahun dahulu. Saya pernah membaca satu artikel berkenaan kisah seorang maharaja China yang melihat kejadian bulan terbelah dua pada zaman Nabi Muhammad SAW. Maharaja Cina tersebut telah memanggil ahli-ahli astronomi China pada masa itu untuk bertanya berkenaan kejadian aneh bulan terbelah dua.
Ahli astronomi China tidak dapat menjawab persoalan tersebut. Lalu dicadangkan supaya dipanggil pedagang-pedagang Arab yang berdagang di China untuk mengetahui apa yang berlaku. Lalu pedagang Arab memberitahu kejadian bulan terbelah dua ini ada kaitan dengan seorang lelaki di negara Arab yang telah dilantik menjadi Rasul dan mengajak manusia menyembah tuhan yang satu. Sejak dari itu China terus berhubung dengan Arab dan Islam berkembang.
PAS menentang TPPA kerana perjanjian ini untuk kepentingan Amerika yang ingin mengusai ekonomi dunia. Amerika memperalatkan negara kita untuk berhadapan dengan China. Amerika dan negara Eropah merupakan negara penjajah. China bukan negara penjajah. Sepatutnya kerajaan Malaysia berunding dengan China dari segi hubungan dagang dengan memberi peluang kepada pelabur-pelabur dari China untuk menyertai pelaburan di negara kita. Dalam Parlimen PAS telah menentang perjanjian TPPA ini.
Negara kita sedang mengalami keadaan ekonomi yang teruk, harga barang naik, tiada pekerjaan dan kita tak tahu apa akan jadi selepas ini.
Oleh itu PAS mengajak semua masyarakat bersama PAS dalam membuat perubahan dalam negara kita. Jgn takut dengan Islam dan PAS
Ucapan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Dewan Undangan Negeri Alor Limbat, Jumaat 4hb Mac, 2016 di Taman Padang Midin, Marang ini dicatat oleh Ketua Penerangan Alor Limbat, Saufi Chik
https://youtu.be/Ok__OcFBIHc
https://youtu.be/g2pCvpkNhtQ











