Lynas; Kenyataan Perdana Menteri Tidak Munasabah Membingungkan!

982
http://www.buletinonline.net/v6/images/stories/berita52/Stop%20Lynas%20Save%20Malaysia.jpg

Namun, beliau pada masa yang sama menyatakan bahawa sisa buangan itu tidah merbahaya. Sekiranya sisa tersebut tidak merbahaya, maka tidak ada keperluan untuk memindahkan tempat pembuangan sisa.

Kenyataan beliau menggambarkan bahawa Kerajaan sememangnya mengetahui akan bahaya dan kemudharatan sisa toksik dari Kilang Lynas. PAS Malaysia merasakan ini hanyalah kenyataan rhetoric politik untuk menyembunyikan penyalahgunaan kuasa dan keputusan yang diambil secara sembrono tanpa mengendahkan keselamatan rakyat. Kenyataan PM hanya mahu memindahkan bahan Sisa (Waste Disposal) Kilang Lynas dari Gebeng adalah tindakan yang tidak berbaloi kerana ia tetap menjadikan negara kita sebagai tempat pembuangan sis toksik negara-negara maju. Negara Australia amat luas dan memiliki tempat lapang dan gurun yang sesuai untuk projek berisiko tinggi seperti ini. Oleh itu, PAS memohon agar Kerajaan tidak mengganggu kehidupan rakyat Malaysia dengan projek yang berisiko tinggi terhadap kesihatan ,nyawa dan alam sekitar kita.

Dalam menyambut saranan beliau, PAS Malaysia mengambil pendirian bahawa sisa toksik tersebut harus dibawa pulang ke Australia dan bukan di mana-mana lokasi di Malaysia. PAS juga bertegas bahawa rakyat, bukan sahaja tidak akan menerima sisa buangan Lynas, tetapi juga menolak kewujudan kilang Lynas di bumi Malaysia. Kami menegaskan bahawa rakyat mahukan Kilang Lynas ini keluar dari Malaysia dan balik ke Australia untuk bina kilang di negara mereka sendiri. PAS Malaysia akan terus memperjuangkan kebajikan dan kepentingan rakyat dari kerakusan kapitalis dan penyalahgunaan kuasa ahli politik.

Kenyataan Datuk Seri Liow Tiong Lai juga membangkitkan beberapa persoalan. Kami ingin mengetahui sebab-sebab Datuk Seri Liow dan Kementerian Kesihatan tidak mempersoalkan Pengurusan dan Pembuangan Sisa Toksikn ini lebih awal. Kenapakah ianya dipersoal selepas kilang tersebut dibina dan lessen operasi sementara diberi? Beliau menyatakan bahawa pihak Berkuasa Australia sendiri tidak mahu menerima sisa toksik tersebut. Ini mengesahkan bahawa sisa toksik tersebut amat berbahaya.
Kami menyarankan kepada Kerajaan Pimpinan Datuk Seri Najib dan Barisan Nasional agar lebih bertanggungjawab. Isu Lynas ini menggambarkan kepimpinan yang tidak mengendahkan suara rakyat serta masa depan dan kebajikan mereka. Selagi Lynas beroperasi di bumi Malaysia, PAS bersama Rakyat dan akan terus membantah!

HJ ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR
PENGERUSI LAJNAH ALAM SEKITAR PAS PUSAT