MARANG – Dengan sokongan ahli-ahli parlimen, RUU 355 yang bakal dibentangkan di Parlimen pada Oktober depan akan diluluskan dan rakyat akan merasai nikmat syariah yang akan dilaksanakan sepenuhnya.
Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat, masalah sosial, jenayah, penyalahgunaan dadah, kecurian serta pembunuhan.
Katanya, dengan ‘pendahuluan’ kepada Kelantan nmelasanakan hukum Islam akan memberi penyelesaian kepada masalah-masalah tersebut.


“kecelaruan ini (akan selesai dengan) apa yang didahului di negeri Kelantan, dapat membuka pintu hati manusia apabila mereka dapat melihat pelaksanaan syariah secara keseluruhannya,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pembukaan sesi Dialog RUU 355 yang diadakan di Dewan Tok Guru, Rusila di sini petang Jumaat 16 September.
Turut hadir dan berucap adalah Exco Kerajaan Kelantan YB Dr. Mohamed Fadzli Bin Dato’ Haji Hassan yang menggantikan Dato’ Takiyuddin Hassan.
Dalam majlis yang sama, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku ahli ParlimenMarang yang membentangkan RUU tersebut, menjawab setiap persoalan berkait.




























