Oleh : Khalid Abdullah
KEMAMAN – Ahli PAS perlu melakukan lonjakan motivasi untuk menambah keyakinan mereka terhadap dasar dan matlamat perjuangan parti.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata Rasa selesa kepada parti juga perlu dipupuk untuk menambah keyakinan perjuangan.
“Ada segelintir dari ahli parti kita keluar sebab tidak yakin PAS boleh menang jika berjuang seorang diri,berbanding jika berada dalam Pakatan Rakyat, mereka hanya mementingkan aspek untuk menang pilihanraya sahaja


Beliau berkata demikian di hadapan lebih 70 orang ahli parti ketika merasmikan Mesyuarat Agong PAS Cawangan Kg. Baru Kertih di sini pada Jumaat 3 Februari.
Menurutnya, ada satu kesilapan besar sekirang kita hanya menyatakan perjuangan nabi-nabi hanyalah dalam aspek ibadah sahaja dan tanpa politik.
“Perjuangan pihak lain yang bercirikan satu aspek sahaja, kita lihat ia tidak boleh berkembang jauh walaupun nampak bagus,
“Ambil contoh mudah jemaah tabligh……apa yang mereka buat itu bagus, kita pun menyokong apa yang mereka buat, tapi apakah ia akan memberi kesan perubahan kepada masyarakat pada hari-hari akan datang?,” soal beliau.


Oleh itu, tegas beliau, PAS mesti menjadi wadah yang mesti di solokng oleh semua pihak.
“kita sokong…….. termasuk oleh jemaah tabligh dan jemaah-jemaah yang lain untuk kita buat perubahan melalui agenda politik,
“Oleh sebab itulah, ahli perlu yakin memilih PAS sebagai wadah perjuangan mereka yang sebenar” kata beliau lagi.






























