KUALA NERUS – Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu (DPPNT) dengan rasminya melancarkan Kempen Anti Denggi dengan menganjurkan program gotong royong ‘Geng Muda Anti Denggi’ di Kampung Seberang Takir dekat sini.


“Alhamdulillah pada hari ini, seperti yang dirancang, dapat kita laksanakan Geng Muda Anti Denggi……. kita mengucapkan penghargaan kepada tuan rumah, khususnya di DUN Seberang Takir ni, dan juga kepada para pemuda yang sanggup meninggalkan program lain,


Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Ustaz Hishamuddin Abdul Karim dan Pengerusi Mjlis Tindkan DUN Seberang Takir Ustaz Zakaria Dagang.


“kita nampak ada beberapa rumah yang nampak ‘geng’ kita ini (buat kerja), dan insyaAllah mudah-mudahan apa yang berlaku di taman perumahan ini khususnya mengenai longkang tersumbat.
“Jadi kita dah bercakap dengan YB Ustaz Khairudin (Aman Razali) atTakiri dengan status dia sebagai ahli parlimen ini insyaAllah dia bawa kepada majlis bandaraya supaya ada peruntukan untuk menyelenggarakan,”ujarnya.
Beliau menggesa pihak MBKT dapat mengambil tindakan segera kerana kawasan tersebut merupakan kawasan ‘panas’ bagi wabak denggi.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program tersebut dan berharap ‘usaha kecil’ pemuda PAS tersebut dapat menyedarkan orang ramai.




























