Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa perjuangan Islam mesti dipacu dengan keberanian, ilmu dan istiqamah, bukan semata-mata bergantung kepada wang dan bilangan pengikut.
Menurut beliau, kekuatan sebenar bukan terletak pada jumlah atau harta, tetapi kepada keikhlasan dan keteguhan dalam mematuhi prinsip Islam serta ketaatan kepada pimpinan yang membawa dasar perjuangan.
“Duit boleh dicari dengan ilmu, tapi kalau ada duit banyak tapi tak ada ilmu, bodoh. Kita kena tadbir dengan ilmu, bijaksana dan kekuatan – kekuatan ilmu, tubuh badan dan jentera ikut kemampuan kita,” tegas beliau dalam Ijtimak Kepimpinan PAS, Sabtu lalu
Beliau turut memberi contoh sejarah umat Islam di zaman Rasulullah SAW, bagaimana pasukan kecil boleh menang jika ikhlas dan taat kepada Allah.
“Sebaik-baik pasukan ialah 400 orang. Kalau kita ada 12,000 orang, itu sudah mencukupi untuk Islam tidak dikalahkan sebaik-baik Sahabat tempat orang ,” jelasnya.
Tuan Guru turut mengingatkan bahawa jika umat Islam di Malaysia masih belum menang, maka mesti dilihat semula puncanya, khususnya dalam soal wala’ dan ketaatan dalam berjemaah.
“Kalau tidak menang lagi di Malaysia, ada masalah. Masalah wala’. Tapi insya-Allah, kita akan bertemu kemenangan,” katanya penuh yakin.