Fahmi Digesa Dedah Garis Panduan Arak Di Sekolah!

424

KUALA TERENGGANU – Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Fadzil diminta mendedahkan segera dan sepenuhnya garis panduan berhubung penganjuran majlis berkaitan arak di sekolah.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) , Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, jika benar tiada sebarang pelanggaran, maka jelaskan kepada rakyat dokumen peraturan mana yang membenarkan arak masuk ke kawasan pendidikan terbabit.

“Kenyataan Fahmi bukan sahaja mengejutkan, malah menimbulkan persoalan besar rakyat terhadap integriti,

“dan hala tuju moral kerajaan hari ini, apakah selepas digertak Lim Guan Eng maka segalanya dibenarkan?,” soal beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambahan lagi katanya, Perdana Menteri Dato’, Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah menegaskan dalam kenyataannya, tidak akan berkompromi terhadap pesta arak atau aktiviti yang bercanggah dengan nilai pendidikan di kawasan sekolah, termasuk selepas waktu persekolahan.

Oleh itu, tegas beliau, DMPM mengingatkan kerajaan bahawa isu ini bukan kecil kerana melibatkan dasar moral negara dan masa depan anak-anak.

“Sekolah ialah tempat mendidik akhlak, bukan medan promosi syarikat arak yang bersembunyi di sebalik nama budaya atau penajaan.”jelasnya

Justeru itu, beliau berkata, Muslimat menuntut kerajaan mengambil pendirian tegas dalam soal yang sangat penting kepada negara.

“tidak lagi memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk mencemari institusi pendidikan dengan unsur yang bercanggah dengan agama dan nilai kemanusiaan,” katanya yang amat kecewa dengan tindakan tersebut.