KUALA NERUS – Lebih seribu orang hadir menziarahi danmenunaikan solat jenazah mantan Ketua dewan Ulamak PAS Terengganu Allahyarham Ustaz Awang Nasiruddin Abu Bakar di masjid Taqwa Batu Enam dekat sini pada Jumaat 4 April.


Allahyarham yang juga dikenali sebagai Ustaz Awang Jidin menghembuskn nafasnya yang terakhir pada jam 9 malam, Khamis 3 April dirumah isteri keduanya di Bukit Tok Beng, Sebarang Takir.
Antara pemimpin PAS yang hadir adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik dan Dr Riduan Mohd Nor, Timbalan-timbalan Pesuruhjaya I dan II, YB Dr Alias Razak dan Haji Yahaya Ali, Ketua dan Timbalan Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu Dato’ Ustaz Husin Awang dan Ustaz Abu Bakar Abdullah.


Pemergiannya meninggalkan dua orang isteri serta 18 orang anak, 10 oorang dari isteri pertama dan 8 dari isteri yang kedua.





























