Lebih Rp 40 Juta Disumbangkan Kepada Mangsa Gempa Bumi Sulawesi

873

MAMUJI, Sulawesi – Lebih Rp40 Juta telah disunbangkan kapada mangsa bencana gempa bumi dan tsunami yang terjadi minggu lalu di Palu dan Donggala, Sulawsi, Indonesia.

Pengarah PASTRelief YB Mumamad Sanusi Md Nor berkata, ia adalah sumbangan dari semua rakyat Malaysia yang prihatin.

“sebanyak empat tan beras dan satu tan air bersih telah diagihkan melalui Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia (KKP) kepada mereka yang terjejas,

“sumbagan ini akan dihantar secara beransur-ansur ke bandar Palu dan Donggala…..mungkin satu tan sehari bagi mengelakkan penjaarahan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui bersama sukaelawan KKP dan delegasi PAS Relief termasuk daripada MAPIM Utara dan Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) di lapangan terbang Tampa Utara, di sini pada Sabtu 6 Oktober.

Katanya, kumpulan kedua agensi bantuan kemanusiaan Parti Islam SeMalaysia (PAS) akan datang lagi pada 24 Oktober depan bagi menghantar bantuan yang lebih banyak.

Beliau berkata tinjaun ‘Kumpulan Advance’ PAS Relief akan membuat tinjauan pada Ahad bagi menentukan keperluan palung utama di lapangan.

“In shaa Allah, tinjauan pada esok (Ahad) seharian bagi menentukan keperluan paling mendesak….mungkin makanan telah mencukupi,

“(jadi) mungkin (mereka) perlukan khemah dan air minuman dan lain-lain….esok kita akan masuk ke tapak (Palu dan Donggala) sebelum pulang melalui jalan udara ke Balik Papan dan Kuala Lumpur,” jelasnya.

Oleh itu, beliau menyeru orang ramai, khususnya rakyat Malaysia agar terus menderma melalui PAS Relelief bagi terus membantu penduduk yang terkesan akibat bencana itu.

“teruskan menyumbang melalui PASRelief dan Tabung Kemanusiaan Antarabangsa No. Akaun 5640 7061 2333 (Maybank),” tambah beliau.

Justeru, beliau mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kelautan dan Perikanan, Susi Pudjiastuti yang membenarkan bantua dihantar menggunakan pesawat peribadi beliau serta seluruh kakitangan KKP yang membantu.