Lebih Baik Bersama MCA, MIC Kalau PR Tentang Hudud – Dr Bala

1573

Oleh KAM

KUALA TERENGGANU – Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu melahir kesediaannya bagi membantu memperkuatkan perjuangan parti termasuk pelaksanaan hukum hudud.

Pengerusinya, Dr Bala Chandran GK berkata hudud yang diperjuangkan oleh PAS bakal menjatuhkan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Justeru, katanya jika ada di kalangan parti Pakatan Rakyat yang menentang hudud lebih baik mereka bersama dengan MCA dan MIC.

Menurutnya, PAS diingatkan agar tidak hilang fokus dengan matlamat perjuangan bagi melaksanakan syariat Islam.
“DHPP merupakan satu dewan yang bersama dengan perjuangan PAS untuk melaksanakan syariat Islam. Kita (PAS) jangan hilang fokus kerana fokus kita adalah untuk melaksanakan syariat Islam.

kam3217(c)-dhpp3“DHPP menyokong pelaksanaan hudud kerana hudud itu dari Allah Ta’ala. Kita (manusia) tidak hak untuk mencabar atau mendebat masalah hudud.

“Hududlah yang akan menjatuhkan Umno-BN. Jika Pakatan Rakyat tidak menyokong hudud adalah sia-sia sahaja untuk menjatuhkan BN. Baik ‘join’ (bersama) sahaja dengan MCA atau MIC,” jelasnya ketika berucap mewakili DHPP pada Konvensyen PAS Negeri Terengganu 2015, di Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (Kudqi), Kubang Lembek, Manir, 23 Mei lalu.

Konvensyen itu dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan membawa tema “Road To WDI-PAS Harapan Semua” di hadapan lebih 1,500 pesertanya.

Dr Bala turut mengingatkan rakyat bahaya sentiment perkauman lebh dahsyat dari pelaksanaan undang-undang hudud yang diperjuangkan PAS.

Katanya, pihak pemerintah mendominasikan perkauman dengan slogan ‘Hidup Melayu’ yang belum tentu Islam selamat.
“Pada kami (DHPP) isu perkauman itu lebih bahaya dari (pelaksanaan) hudud. Hidup Islam, semua rakyat akan selamat tetapi dengan hidup Melayu, belum tentu Islam boleh selamat.

“DHPP hendak belajar dengan PAS, bagaimana untuk melaksanakan keadilan Islam dan itu yang penting, bukan perkauman,” tegasnya.

Menurutnya, perlaksanaan hukum hudud dalam negara ini akan memperkasakan ‘amar makruf nahi mungkar’.