Seramai 6,742 orang warga Palestin telah ditahan oleh rejim Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat yang diduduki sepanjang tahun 2017.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, tangkapan pada tahun lalu itu termasuk seramai 1,467 kanak-kanak, 156 wanita, 14 orang ahli Majlis Perundangan Palestin dan 25 wartawan.
Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Jawatankuasa Hal Ehwal Tahanan Palestin serta Persatuan Hak Asasi Manusia Pusat Al Mezan menyatakan, hanya beberapa tahanan telah dibebaskan.
“Sehingga Ahad, terdapat 6,950 tahanan Palestin, termasuk 359 kanak-kanak, 22 wartawan dan 10 Ahli Parlimen, di penjara Israel,.


Di bawah dasar AD, tahanan boleh dikurung tanpa perbicaraan untuk tempoh antara enam bulan hingga setahun.
Tentera Israel kerap menyerang rumah rakyat Palestin di Tebing Barat dan menahan rakyat Palestin tempatan, mendakwa mereka dikehendakki oleh agensi keselamatan Israel.
Kenyataan itu juga berkata 2,436 rakyat Palestin, iaitu satu pertiga daripada mereka adalah kanak-kanak yang telah ditangkap di Baitulmuqaddis.


Sejak itu, sekurang-kurangnya 14 rakyat Palestin telah syahid dan beribu-ribu lagi cedera, dalam pertempuran sengit dengan pasukan keselamatan Israel.
Jerusalem kekal sebagai teras konflik Timur Tengah, dengan rakyat Palestin berharap menjadikan Baitulmaqdis diduduki oleh Israel sejak tahun 1967, sebagai ibu negara masa depan negara itu.




























