MAKASSAR – Lebih 500 orang mangsa gempa bumi dan tsunami Palu, Sulawesi Tengah, masih berlindung di Makassar sejak bencana tersebut melanda.
Pengerusi PASRelief, YB Muhamad Sanusi Md Nor berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada beliau sebaik tiba di Bandar Udara Internasional Sultan Hasanuddin.
“rombongan PASRelief telah tiba di sini (untuk) Misi Pertama Kemanusiaan Gempa Bumi dan Tsunami Palu dan Donggala,
“di asrama Haji (di sini) masih ada kira-kira 500 orang yang masih belum dapat pulang….in shaa Allah ‘team’ PASRelief akan masuk ke Palu esok (sekiranya ada penerbangan),” jelasnya.
Beliau berkata, delegasi tersebut akan berusaha untuk merintis jalan yang paling cepat dan selamat untuk membawa sumbangan rakyat Malaysia bagi membantu penduduk yang terjejas.
Muhammad Sanusi yang juga ADUN Jeneri, Kedah berkata demikian hari ini, Khamis 4 Okktober ketika ditemui sebaik tiba di lapangan terbang.
Katanya, antara bantuan yang akan disampaikan oleh PASRelief ialah bahan makanan, kehah kediaman sementara dan keperluan utama yang akan membantu penduduk untuk membina semula kehidupan.
Beliau merayu agar rakyat Malaysia terus memberikan sumbangan kewangan kepada PAS Relief untuk disalurkan kepada mangsa gempa bumi di Palu dan Donggala,




























