Lebih 4,000 Hadir; Sambutan Luar Jangka Rumah Terbuka Aidilfitri Bukit Payong

2123

Oleh : Haida al-Ansariyyah

MARANG – Kemeriahan sambutan Aidifitri terus dirasai oleh seluruh umat Islam, sekalipun bulan Syawal telah memasuki minggu kedua.

IMG-20150727-WA0147 (2)Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong Ustaz Mohd Nor Hamzah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Majlis Rumah Terbuka beliau dan menyifatkan kehadiran ramai tetamu ke Majlis tersebut adalah sesuatu yang diluar jangkaan.

“Saya mengucapkan terima kasih dan bergembira di atas kesudian semua yang hadir diluar jangkaan ini. Bahkan, saya mengharapkan juga agar tuan puan terus memberi komitmen dalam program-program DUN mendatang,”

“Insya-Allah, jika PAS berjaya mentadbir negeri dan negara ini, kita akan mentadbir dengan kebaikan, keadilan dan sama sekali tidak akan meminggirkan pembangunan khususnya negeri Terengganu yang sangat kaya dengan hasil buminya,” kata Ustaz Mohd Nor Hamzah.

DSC_0362 (2)Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis yang diadakan di Kampung Atas Tol berhampiran Sekolah Kebangsaan Atas Tol, dekat sini, pada Sabtu 25 Julai.

Lebih 4,000 orang dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang berpusu-pusu hadir ke majlis tersebut yang bermula seawal jam 11.00 pagi dan berakhir pada 2.00 petang.

Antara tetamu yang turut mengunjungi rumah terbuka ini ialah Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu merangkap Yang DiPertua PAS Marang, Haji Yahaya Ali, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) iaitu Puan Hajah Zarani Othman, wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) iaitu saudara Jefri Chua.

Selain berpeluang untuk bersalaman dengan ADUN Bukit Payung, para pengunjung turut berkesempatan beramah mesra dengan Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ketua Penerangan PAS Terengganu dan isteri beliau, Ustazah Zainun Hj Wahab.

DSC_0361 (2)Malahan, ramai anak muda tidak melepaskan peluang bergambar bersama dengan pimpinan DUN mereka.

Seorang anak muda Ahmad Faiq Hakimi, yang hadir hadir ke majlis itu teruja kerana dapat bertemu mata dan berbual bicara dengan Ustaz Mohd Nor.

“Selain makanan sedap-sedap, majlis ini cukup istimewa bagi saya dan juga rakan-rakan yang lain kerana kami boleh bersembang dengan YB Ustaz seperti kawan karib.

Ya, memang kami biasa berprogram dengan YB Ustaz Mohd Nor, tapi lainnya hari ini kami boleh ber’selfie’ bersama-sama. Beliau sangat mesra orang muda,” ucap Ahmad Faiq Hakimi ketika ditemui di majlis tersebut.

IMG-20150727-WA0151Selain juadah, makanan dan minuman, Rumah Terbuka itu diceriakan dengan ‘santapan rohani’ iaitu persembahan qasidah yang disampaikan oleh kumpulan qasidah Shoutul Mahabbah.

Apa yang menarik adalah kumpulan seni Islam itu diketuai oleh anak kepada Ustaz Mohd Nor Hamzah sendiri, Abdul Muiz Rafiq bin Mohd Nor.

Kumpulan tersebut ditubuhkan oleh Cawangan Kedai Buluh di bawah bimbangan Ustaz Hassan Mat Amin, mempersonakan para hadirin dengan kelunakan qasidah yang dialunkan sehingga masing-masing tidak berganjak menyaksikannya sehingga tamat persembahan.