Lebih 400 Orang Sertai YB Dan Isteri Berjalan Kaki

5326

KUALA NERUS – Lebih 400 orang menyertai Berjalan 10,000 Langkah Bersama YB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Pasu Ustaz Ridzuan Hashim dan Isteri, melebih sasaran sebagaimana dijangkakan.

Beliau berkata, anak-anak muda adalah antara kelompok yang paling ramai menyertai‘ kesihatan’ itu.

Justeru itu, beliau bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak secara langsung, menyokong usaha murni tersebut.

“Syukur Kehadrat Allah (keranaNya) program hari ini berjalan lancar pada hari ini…….kehadiran peserta luar jangkaan, melebihi 400 orang tidak kira usia (temasuk) golongan veteran dan golongan muda,

“InsyaAllah Pihak MTD DUN Teluk Pasu akan jalankan program peperti ini di UPU-UPU dalam DUN Teluk Pasu Akan datang,” jelasnya, ketika ditemui selepas program tersebut.

Program bermula dan tamat di Taman Desa Putra sejauh 3.5 km itu, melalui Taman Manir Indah, Taman Seri Manir dan Kampung Banggol Donas.

Sehubungan itu, seorang peserta Mohd Ismail, 45, ketika ditemui, menyokong agar program tersebut diteruskan dan dibuat lebih acap.

“alhamdulillah ramai golongan tua dan muda yang hadir………saya harap program seperti ini dapat di teruskan lagi kerana program seperti dapat menyihatkan tubuh badan,” kata beliau yang tinggal di Kampung Paya Datu.