Oleh : DMS
SETIU – Masalah pengairan yang tidak diselenggara dengan baik telah menjadi punca berlakunya kerosakan kira-kira lebih 10 ekar tanaman padi yang diusahakan oleh beberapa orang petani.


Menurut Daud Ismail, saliran air buang kawasan penanaman padi terbabit, tidak dibersihkan menyebabkan air hujan yang turun dengan lebat, tersumbat.
“tali air tidak di jaga, air tidak boleh pergi (mengalir) ke sungai masuk ke sawah. Padi jadi punah.” katanya ketika ditemui.
Rakan taninya, Mohamad Abdullah, menggesa pihak berwajib mengambil tanggung jawab segera bagi mengelakkan petani terus kerugian.
“Dulu air cepat surut bila hujan berhenti tapi sekarang air tak boleh pergi mana dan bertakung walaupun hari panas dua, tiga hari,”ujar beliau.


Selain itu, penduduk sekitar turut mengeluh kerana air yang melimpah dan membanjiri jalan raya yang menjadi laluan utama bagi penduduk kampung Padang Hangus dan Padang Kemunting.
“Jalan banyak rosak berlubang dan sawah dah penuh air jadi macam sungai,” menurut Nazir Md Zain yang sering menggunakan jalan tersebut dan berharap masaalah yang di hadapi akan mendapat perhatian dari pihak bertanggungjawab.





























