Lawatan Pelajar PASTI Permaisuri Tingkat Pengetahuan dan Pengalaman

1874

Oleh : Su Assakinah

KUALA TERENGGANU – Para pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bukan sahaja diasuh dengan tarbiyah Islamiyah bahkan mereka dididik memahahami prinsip dan asas ilmu sains.

lawatan PASTI Permaisuri1Pengerusi PASTI Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Rafaie Abdul Aziz berkata program yang di adakan setiap tahun adalah untuk tujuan pendedahan peringkat awal.
“lawatan adalah untuk meraikan mereka yang telah belajar di PASTI sejak tahun empat lagi, disamping meraikan mereka, juga menambahkan pengalaman dan pengetahuan,”ujarnya ketika ditemui, selepas mengadakan lawatan di Pusat Sains dan Kreativiti di sini pada Khamis, 1 September.

Selain itu menurutnya, anak-anak itu turut didawa melawat Perpustakaan, Muzium dan Planetarium serta beberapa tempat bermaklumat lain.

lawatan PASTI Permaisuri2Seramai 37 orang pelajar tahun enam yang mewakili 6 buah Pasti di dalam DUN tersebut menyertai lawatan seharisuntuk itu.

“ia akan menambahkan mklumat mereka sebelum melangkah ke alam persekolahan di samping memberi pendedahan awal brrkaitan apa yang akan mereka pelajar nanti,”tambah Rafaie.

Program yang berakhir pada sebelah petang turut di sertai Ahli Jawatankuasa serta para guru PASTI Permaisuri.