Lawatan Muhyiddin Meresahkan Ibu Bapa, Guru

1645
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita4/lawatan%20muhyiddin.jpg

Seorang bapa, Wahid Idris yang menghubungi Buletinonline berkata, Menteri Pelajaran itu tidak wajar menjadikan sekolah dan hari persekolahan sebagai waktu untuk kempen politik.

Katanya, selain menganggu waktu pembelajaran pelajar, beliau dimaklumkan, guru-guru dan kakitangan sekolah berasa cukup tidak senang dengan program tersebut.

Menurutnya, semua rakyat sedar atas nama apa pun lawatan Muhyiddin itu, ia adalah berkait dengan tarikh pilihanraya umum yang semakin hampir.

“Mengapa dibuat pada hari persekolahan….. mengapa menganggu pelajar, menganggu guru-guru dan kakitangan kalau nak berkempen politik,

“sekarang rakyat bukan macam dulu, rakyat sudah cukup faham dan tahu,”ujarnya.

[Gambar – sebuah papan tanda yang dipasang sempena lawatan Muhyiddin membuktikan ia adalah satu program kempen politik Umno-BN dan tidak ada kaitan dengan pendidikan]

Beliau mempersoalkan, adakah lawatan Timbalan Presiden Umno ke kawasan dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam itu juga membayangkan ‘keresahan’ Umno dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak bau sahaja melawat negeri Terengganu dalam program sambutan hari raya di Jabi, Besut tidak sampai sebulan yang lalu.

Sehubungan itu, seorang guru sekolah terbabit yang tidak mahu dikenali berkata, amalan lawatan politik ke sekolah pada waktu pembelajaran seumpama itu adalah satu amalan yang ‘tidak sihat’.

Beliau berkata, hari persekolahan bagi sekolah-sekolah di negeri Terengganu sebenarnya hanya cukup-cukup sebanyak 192 hari, kerana pelbagai cuti termasuk cuti kemenangan SUKMA baru-baru ini.

“Ia memang tujuan politik dan menyusahkan guru-guru, perancangan guru-guru tergendala, terpaksa menghabiskan masa untuk menyambut ‘orang politik’,

“sekolah ini (SMK Sultan Ahmad) ada dua sesi, pagi dan petang, murid sekolah petang pasti terganggu, guru-guru pula yang sesi pagi terpaksa menagguhkan kerja-kerja kerana terpaksa tunggu sampai petang,”jelasnya ketika dihubungi.

Tinjauan Buletinonline ke kawasan sekolah tersebut mendapati, keseluruhan kawasan dipassang dengan bendera Umno dan BN yang menjelaskan lagi dakwaan bahawa lawatan Muhyiddin bukan atas tujuan pendidikan.

Pihak media dimaklumkan, Muhyiddin akan mengadakan perjumpaan bersama rakyat dalam majlis dilaporkan sebagai ‘sembang petang’ esok 25 September pada jam 2.30 petang, di perkarangan SMK Sultan Ahmad, yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam.