Oleh : RR
KUALA TERENGGANU – Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim sangat berbesar hati atas ziarah Komuniti Melayu Islam Pattani.
Beliau berjanji akan membalas kunjungan mereka, untuk merapatkan silaturrahim dan menjalinkan hubungan perniagaan perkaitan portfolionya.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mengucapkan terima kasih kerana rombongan yang mempunyai pertaliann agama dan ‘ras’ itu, datang untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan di negeri Terengganu.
“in shaa Allah kita akan membuat lawatan balas terutamanya untuk belajar cara petani Thailand bertani,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan rombongan tersebut di bilik mesyarat Tingkat 6 Wisma Darul Iman, Isnin pada 23 Julai.
Kata Dr Azman, perdagangan berkaitan makanan telah lama dijalankan antara penduduk Selatan Thai dengan Terengganu.
“dulu ada ‘jong’ atau perahu besar yang belayar dari Terengganu untuk mengambil bekalan garam dari sana,
“dan buat masa ini banyak hasil keluaran rakyat Selatan Thailand dibawa masuk ke Malaysia sehingga ke negeri ini,” jelasnya.
Yang terbaharu, kata beliau, Jabatan Veterinar telah pun mengeluarkan kenyataan akan mengimpot lembu untuk ibadah korban dari wilayah tersebut.
Justeru itu, bagi pihak Komuniti Melayu Islam Pattani, Ustaz Anuar Ismail menghargai jasa baik pihak kerajaan negeri Terengganu, yang menerima baik kunjungan mereka.