Laungan “Bubar DUN Perak” Bergema di Parlimen.

1122

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/06/nizar%20diparlimen.jpg“Saya mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan telah mendapatkan kebenaran Speaker untuk mengatakan sesuatu di Parlimen. (Klik Dengar Buletin Online Radio)

“Beliau meminta saya menanggalkan lilitan dan saya telah melakukan. Kemudian saya duduk di tempat saya dan tidak sampai 10 saat, beliau mengarahkan saya keluar Dewan,” katanya di laporkan mStar

Nizar menambah, beliau kemungkinan mempertimbangkan untuk menyoal penggantungannya apabila kembali ke Dewan Rabu ini.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya menyokong kempen memakai lilitan “BUBAR DUN”.

PAS melancarkan kempen itu pada Muktamar Tahunan PAS Ke-55 minggu lalu.

“Apa yang dilakukan oleh Nizar hari ini menunjukkan manifestasi beliau tentang perkara yang berlaku di Perak. Beliau cuba nak sampaikan perkara itu,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

7 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Digantung 2 Hari

Dari Twitter Penasihat DAP yang juga ahli parlimen Ipoh Timur memaklumkan tujuh orang ahli parlimen Pakatan Rakyat di gantung selama dua hari.

Mereka telah diperintah keluar Dewan kerana tidak mahu tunduk dengan arahan Speaker Pandikar Amin supaya menanggalkan lilitan hitam ‘Bubar DUN’ di kepala dan di lengan.

Mereka adalah Nizar Jamaludin (Bukit Gantang), Ngeh Kor Ham (Bruas), Nga Kor Ming, Mahfudz (Pokok Sena), Dr. Hatta (Kuala Kerai), Dr. Dzulkifli (Kuala Selangor) dan Gobalakrisnhnan (Padang Rengas) – (Klik Lihat Buletin Online Channel)

Berita sebelumnya

Kempen mendesak kerajaan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibawa ke dalam Persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah melaungkan slogan “Bubar DUN Perak” sejurus mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Laungan Nizar disambut oleh rakan-rakan ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berada dalam dewan dengan memakai lilit kepala hitam dengan tulisan “Bubar DUN” (Gambar – Nizar laungkan ‘Bubar DUN Perak’)

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/06/ngehngah%20keluar.jpgAntara mereka adalah Dato’ Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena)  di ikuti beberapa rakan lain, Dato’ Ngeh Kor Ham (DAP-Beruas) dan Nga Kor Ming (DAP-Taiping).

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudian telah memerintahkan ahli-ahli yang berhormat yang berbuat demikian keluar Dewan setelah teguranya tidak di endahkan.

Pandikar Amin turut mengarahkan wakil-wakil Pakatan Rakyat yang enggan menanggalkan lilit kepala atau lengan berkenaan supaya meninggalkan Dewan Rakyat.

Beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat menyahut cabaran speaker dan bertindak keluar dewan.

Antara mereka yang memilih untuk keluar ialah Khalid Samad (Pas-Shah Alam), Chong Cheing Jen (DAP-Kuching), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) dan Teo Nie Cheng (DAP-Serdang).

Mengulas perkembangan tersebut, Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mempertahan tindakan Nizar dan ahli parlimen Pakatan Rakyat memakai lilitan hitam “Bubarkan DUN Perak” semasa permulaan sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, Parlimen luar negara membenarkan wakil rakyatnya memakai sebarang tanda bagi meluahkan sesuatu perkara ketika memasuki mesyuarat atau persidangan.

“Saya juga akan mengutus surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini berhubung tindakan beliau mengarah tujuh wakil rakyat pembangkang meninggalkan Dewan Rakyat kerana enggan mematuhi arahan menanggalkan lilitan itu,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.