Laungan Azan Buka HARAP-PGU 3.6

1945

HULU TERENGGAN6 -Program PAS Harapan Semua PAS Ganti Umno (HARAP-PGU) 3.6 dimulakan sebentar tadi dengan laungan merdu azan maghrib oleh muazzin di tapak program, Kampung Batu 24, Pekan Kuala Berang.

Program diteruskan dengan solat maghrib berjemaah, berzikir dan kemudiannya disambung dengan kuliah maghrib yang disampaikan oleh Etua Penerangan PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.

HARAP 3.6 yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula 18 Mei sehingga 20 Mei itu, bakal menyaksikan pelbagai acara menarik bagi mengeratkan lagi hubungan PAS dengan rakyat yang telah sedia ada mesra.

Antaranya ialah demo masakan, pertandingan bagi kanak-kanak, pertunjukan gasing labu, liga penalti, sukan anak muda, program motivasi oleh penceramah terkenal serta acara berjalan 10 ribu langkah.

Tidak ketinggalan juga acara-acara kemasyarakatan yang mendekati rakyat yang susah, ibu-ibu tunggal, golongan kurang bernasib baik bagi dihulurkan bantuan oleh pimpinan-pimpinan PAS negeri.

Dalam kuliah maghrib yang disampaikan oleh YB Ustaz Mohd Nor itu, beliau menyentuh berkenaan hadis yang menceritakan tentang golongan-golongan yang dihambat dari diberi minum di telaga rasulullah.

Golongan itu menurut beliau adalah golongan yang samada telah keluar dari Islam atau yang telah menyelewengkan agama Islam atau golongan yang mengada-ngadakan ajaran Islam keluar daripada ajaran rasulullah.

Beliau mengajak pendengar untuk menjarakkan diri daripada golongan ini kerana mereka hanya akan menyesatkan kita semua dari jalan Allah, walaupun kelihatan sangat alim.

Adun Bukit Payong itu juga mengimbau kembali daerah Kuala Berang ini suatu masa dahulu adalah pusat perkembangan Islam, malah dibuktikan dengan penemuan Batu Bersurat bahawa Kuala berang telah mengamalkan undang-undang Islam.

Namun masa bersilih ganti, undang-undang Allah itu kemudiannya ditukar oleh golongan yang menyeleweng kepada undang-undang penjajah yang jelas ianya bukan daripada rasulullah.

Ustaz Mohd Nor menggesa penduduk Kuala berang untuk melakukan perubahan pada PRU kali ini bagi memberikan peluang kepada PAS untuk menjulang kembali undang-undang Islam di bumi Terengganu ini.