Oleh : Rohayati Ripin (RR)
KUALA TERENGGANU – Jika benar yang dinyatakan oleh Pengerusi Persatuan Olahraga Amator Malaysia ‘Vacay –Run’ akan menjana 50 ribu peserta pada tahun ini, ia bermakna para peniaga dan rakyat Terengganu akan mendapat manfaat daripada penganjuran itu.
Menurut Datuk Wan Hisham Wan Salleh, pada tahun lalu penganjuran Vacay–Run itu juga mendapat sambutan jumlah peserta yang sama.
Sehubungan dengan itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, acara ini merupakan tahun yang kedua Kerajaan Negeri Terengganu memberi kepercayaan kepada Persatuan Olahraga Amator Terengganu (POAT)bagi mengelolakan acara Sukan Pelancongan bertaraf antarabangsa di Terengganu.


“dan acara ini menjadi ‘platform’ untuk mempromosikan pelbagai keindahan dan keunikan yang ada di Negeri Terengganu dengan menggunakan tema ‘Vacay – Run’ iaitu mempromosikan pelancongan sukan ‘Sport Tourism’,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Majlis Pra Pelancaran Larian Antarabangsa Jambtan Sultan Mahmud 2018 di Damai Lounge, Bangunan Dewan Undangan Negeri, Wisma darul Iman pada Rabu, 25 Julai.
Katanya, Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2018 (LAJSM2018) menawarkan lima kategori utama iaitu 42 kilometer (km), 21 km,12 km, 5 km, dan 3 km atau lebih dikenali sebagai ‘Fun Run’ serta hadiah wang tunai berjumlah RM 214,000.00.


“kita juga mengalu-alukan semua pihak samada pihak kerajaan, pihak swasta, NGO, para belia serta individu seluruh Negeri Terengganu khususnya bagi sama-sama menceriakan,
“dan memeriahkan keindahan premis masing-masing serta kemeriahan sokongan terutamanya di sepanjang laluan perlumbaan yang terlibat,” katanya.
Menurutnya, dijangka Menteri Besar Terengganu YAB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar serta pimpinan Kerajaan Negeri akan bersama-sama memeriahkan acara yang akan berlangsung nanti.






























