Laporan Polis Terhadap Kenyataan Yang Dikeluarkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Hina Mahkamah Syariah

1913

Saya pada 12hb Ogos, 2018, telah membaca satu kenyataan media yang telah dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang menyelar keputusan Mahkamah Syariah Terengganu yang memutuskan hukuman 6 sebatan terhadap dua wanita atas kesalahan cuba melakukan hubungan sejenis.

Kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan oleh SUHAKAM adalah sebagaimana berikut;

Hukuman seperti itu mermalukan, merendahkan martabat dan percubaan untuk memalukan siPelaku dan keluarga mereka secara terbuka dan:

“la sekali gus bertentangan dengan nilai mar:abat manusia, dan tidak selari dengan komitmen menjaga maruah seseorang seperti yang dianjurkan dalam setiap agama. Dan Suhakam menegaskan hukuman sebat dalam keadaan apapun rnelanggar larangar mutlak penyeksaan dan hukuman kejam, tidak berperikemanusiaan atau menghina di bawah undangundang antarabangsa,” ujar mereka dalan satu kenyataan

Saya sesungguhnya percaya kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh SUHAKAM merupakan satu penghinaan atau menyebabkan dipandang hina, mempertikai dan mempersenda, serta bermaksud merendahkan keputusan/penghakiman dan martabat Mahkamah Syariah Terengganu.

Dan ini berertangan dengan Seksyen 1: – Mengingkari Perintah Mahkamah, Enakmen 7, Takun 2001, Enakmen Kesalahan Jenayah Syriah (Takzir) (Terengganu) 2001, Bahagian III – Kesalahan yang berhubang dengan Kesucian Agama Islam dan Institusinya (dilampirkan bersarna-sama ini satu salinan Enakmen 7, Tatun 2001) Bagi mempertahan dan mengekalkan kesucian dan ketinggian agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan.

Saya datang ke balai polis buat aduan bagi tujuan pihak polis membuka kertas siasatan ke atas Pengerusi SUHAKAM Tan Sri Razali Bin Ismail dan/atau anli-ahli Pesuruhjaya SUHAKAM.

Sekian aduan saya
Kamaruzaman bin Abdullah