Terengganu, Malaysia

Lapan Tahun KAMI Memartabatkan Media

Lapan Tahun KAMI Memartabatkan Media

Oleh : Adli Mohamad.

KUALA NERUS – Lapan Tahun telah dilalui oleh Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) dalam memartabatkan media ke satu tahap persada terhormat dan menjadi benteng kepada PAS.

Mantan Pengerusi KAMI, Dr Azman Ibrahim berkata, KAMI mempunyai organisasi paling unik dan sempurna yang pernah dimiliki oleh PAS Negeri Terengganu berbanding negeri-negeri yang lain.

“Dan kitapun masih ingat, bila kita memulakan gerak kerja KAMI ini rata-rata pemimpin kita sebenarnya, mudah kita sebut sebagai buta media.

“(Maka) kita turun ke segenap pelusuk Negeri Terengganu dari Kemaman sampai ke Besut dalam proses perkaderan.

“Ada (dari) 30 orang kadang-kadang ada (dapat) seorang boleh muncul sebagai aktivitis media, kadang-kadang (dari) tiga puluh seorang pun tidak muncul,” ujarnya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa berkata demikian, ketika berucap pada perjumpaan bersama KAMI, di NR Cafe, Tok Jembal, semalam.

Walaupun pada awalnya, kata beliau, tiada sumbangan dan sokongan kewangan malah sebaliknya, KAMI yang telah menyumbang kepada PAS sehingga membawa kejayaan dalam pilihan raya umum lalu,  termasuk DUN Jabi.

“Kita bawa sampai satu DUN luar bandar yang tidak dikenali orang, (terdiri) penoreh getah.

Lapan Tahun KAMI Memartabatkan Media

“Sehingga menjadi DUN yang selalu keluar berita, maklumat dan orang (ramai) kenal Jabi,” jelas beliau yang juga ADUN Jabi.

Jelasnya lagi, KAMI telah mengatasi parti lawan ketika itu dengan segala kepayahan dan jerit perih yang dilalui.

“Alhamdulillah akhirnya Allah mengurniakan kemenangan. Sekarang ini kita berada pada pasca kemenangan yang saya nampak,

“tanggungjawab yang kita pikul sebenarnya lebih berat untuk mempertahankan kemenangan daripada nak mencapai kemenangan, “ujarnya.

Justeru itu ahli KAMI, menurutnya perlu fokus dengan segala agenda yang telah dirancang dan tidak melupakan matlamat asal KAMI, walaupun sebahagianya telah menjadi penjawat dalam kerajaan Negeri Terengganu.

Tambahnya lagi, ahli KAMI perlu mencari masa yang terluang, agar suasana parti sebelum menjadi kerajaan dapat dikekalkan.

“Jangan kita jadi semakin renggang, apatah lagi dalam konteks macam saya di satu portfolio yang kita tak ada urusetia yang dibantu oleh jentera parti. Kita cuma disokong oleh pegawai dan kakitangan-kakitangan kerajaan.

“Dunia kita, jiwa kita bersama parti dan inilah sebenarnya tulang belakang kita,” ujarnya pada pertemuan KAMI yang kini telah diterajui oleh Pengerusi KAMI yang baharu, Naraza Muda.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan