Langsung Kuala Kangsar 2

1002

Kontingen Terengganu Jamu Kerbau Dalam Majlis Pelancaran

Oleh : NM

KUALA KANGSAR – PAS Terengganu menyediakan hampir 300kg daging kerbau untuk jamuan Pelancaran Jentera Piliharaya Terengganu bagi Piliharaya kecil Parlimen Kuala Kangsar.

Majlis dijangka akan dihadiri Presiden PAS Dato’Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan seluruh pimpinan Pas Terengganu di ketuai YB. Ustaz Haji Satipul Bahri Mamat.

Program yang dijangka bermula selepas perarakan calon yang dijangka siap selepas jam 11:00 pagi ini. Pengarah Jentera Piliharaya kontingen Terengganu, YB Haji Hanafiah Mat memberitahu semua pimpinan Badan Perhubungan PAS Terengganu dan petugas akan berkumpul di Dataran Menora di Unit Peti Undi Menora Dun Bukit Chandan.

IMG_20160605_111107“Terengganu diberi tugas menjaga beberapa Unit Peti Undi di Dewan Undangan Negeri Bukit Chandan dan kita akan memastikan semua petugas dan menerima suntikan semangat dari Presiden Pas untuk persiapan dan gerakerja tersusun.” Ujar Hanafiah lagi.

Beliau yang ditemui di lokasi penamaan calon memberitahu, semua petugas parti berdekatan dijemput dan jemputan juga kepada penduduk setempat agar dapat bersama meraikan majlis ini.

Kehadiran Tuan Guru dijangka boleh menyuntik semangat kepada petugas.

Pengarah Jentera Piliharaya Negeri, YB. Haji Arrifin Deraman memberitahu, Terengganu telah membuat kerahan untuk bersama perarakan calon dan hari ini dihadiri 1000 petugas dari Terengganu.

“Kita akan menjaga 5 Unit Peti Undi seperti mana diputuskan oleh Jentera Piliharaya Pas Pusat. Senggang, Bekor, Seberang Manong, Menora dan Bendang Kering yang semuanya di Dun Bukit Chandan”. Ujarnya ketika ditemui di Perarakan Calon Dewan Jubli Perak.

Menurutnya lagi, setiap masa 200 petugas dari Terengganu akan bertugas menurut gelombang yang telah diputuskan. Beliau percaya petugas Terengganu mampu membuat sasuatu agar sokongan pengundi boleh bertambah dan memastikan kemenangan calon Pas di Pilihanraya Kecil Parlimen P067 Kuala Kangsar.