KUALA KANGSAR – Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar Tuan Hazmi mengesahkan logo Parti Amanah Nasional (Amanah) telah melanggar peraturan setelah merujuk kepada borang 8.
Peguam Mohamed Zamri Ibrahim berkata beliau telah datang menemui pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertanyakan berkenaan logo tersebut.
“Kalau kita lihat logo parti amanah negara warna latar belakang ialah oren, logonya warna putih, jadi pagi tadi semak dalam laman web SPR, kalau kita tengok web spr logo Parti Amanah Negara latar belakangnya putih dan yang bersegi warna oren jadi bendera tu dah terbalik,


“Tapi saya ingat dalam PRU 13 sejak parlimen dibubarkan calon bebas lambang kuda, jika ikut spr kaki empat ke bawah, tapi calon bebas buat kaki dua keatas,”ujarnya.
Beliau berkata demikian di Pejabat Daerah di sini semalam selepas merujuk perkara tersebut kepada SPR.
Katanya, dalam kes pada PRU 13 itu, SPR minta turunkan dan atas sebab itu, beliau bersama wakil calon PAS Ali Juhari Ahmad, telah berjumpa dengan penolong pegawai pengurus piliharaya.
“Jadi pegawai pengurus piliharaya telah merujuk kepada borang 8. Borang 8 ialah berkenan logo yang akan dicetak pada kertas undi.
“Jadi dalam borang 8 tersebut memang hitam putih, jadi pihak SPR mencadangkan PAS membuat aduan secara rasmi kerana sebelum ini kita tidak pasti,”jelas Mohamed Zamri.
Justeru itu, PAS telah membuat buat aduan rasmi mengenai salahnya lambang parti amanah negara tersebut.
https://youtu.be/0TGuFyHW3Rg





























