Lafaz Ikrar Bai’ah dan Wala’, Amaran Kepada ‘Pengkhianat’

4154

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu menyokong tindakan ikhlas Pemuda DUN Bandar melafazkan ikrar, bai’ah dan wala’ kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Giri Abdul Hadi Awang.

Ketuanya Azrin Aris berkata, pihaknya juga akan melakukan langkah serupa, yang merupakan sebahagian dari amalan para pejuang Islam sejak dari dahulu.

IMG_20151024_200131“dalam perancangan kita dah……..untuk bertemu dengan Tuan Guru Presiden, kita nak lafazkan bai’ah dan ikrar wala’ kita macam para pejuang terdahulu…….bahkan menjadi Sunnah,

“kita sokong dan ucap tahniah kepada Pemuda PAS DUN Bandar yang telah melaksanakannya terlebih dahulu dari kita,”ujar Azrin.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi, mengulas majlis lafaz bai’ah dan ikrar wala’ yang telah diadakan di pejabat Timbalan Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia, di masjid Rusila, semalam.

Seramai 20 orang ahli Pemuda PAS DUN Bandar ‘melafazkan sumpah’ taat setia itu pada majlis Liqa’ Khas yang diadakan bersama Tuan Guru Presiden PAS, seusai kuliah mingguan pada Jumaat 23 Oktober.

Sehubungan itu, Ketua Pemuda DUN Bandar Khairuddin Mohamad menegaskan, ikrar para pemudanya adalah sebagai satu amaran kepada ‘para pengkhianat’ dan mereka yang cuba ‘menganggu gugat’ PAS.

IMG_20151024_200239“kami lakukan begitu untuk menunjukkan Pemuda PAS DUN Bandar setia kepada perjuangan dan memberikan wala’ kepada Tuan Guru Presiden,

“sekaligus memberi amaran kepada para pengkhianat yang cuba merosakkan parti dan mencalarkan imej PAS,”jelasnya.

Salinan lafaz Ikrar Pemuda PAS DUN Bandar tersebut adalah seperti dibawah;

LAFAZ IKRAR PEMUDA.

بسم الله الرحمن الرحيم،
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على قائد المجاهدين وأشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين. اما بعد.

Bahawa kami, Ahli Pemuda PAS Dun Bandar…Dengan ini, berbaiah dan berjanji untuk istiqomah dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS) serta menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai pimpinan dan ahli gerakan Islam dengan ikhlas dan sepenuh hati bagi menyambung tugas-tugas Rasulullah SAW dlm menyebarkan dakwah Islamiyyah.

Dengan rahmat dan pertolongan Allah SWT,

Bahawa kami Ahli Pemuda PAS Dun Bandar…berbaiah akan memberikan sepenuh wala’ tertinggi kepada hukum Allah, Rasulullah SAW, dan pucuk pimpinan PAS, selagi mana mereka melaksanakan dan mematuhi al-Quran dan as-Sunnah.

Dengan penuh kesabaran, kerelaan, dan ketabahan, kami bersedia untuk Istiqamah dan kami memohon kekuatan dalam menghadapi segala cubaan, ujian, serta dugaan daripada Allah SWT.

Dan Allah serta seisi langit dan bumi bersaksi atas apa yang kami ikrarkan ini.

الله أكبر!
الله أكبر!
الله أكبر!