

Akibat hujan yang turun, Labis kini terkepung dengan air banjir, jalan masuk dari kedua-dua arah Yong Peng dan Segamat kini ditutup kepada semua kenderaan kecil.
Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar meminta SPR menyatakan pendirian berhubung status pengundian hari ini ekoran
“Saya minta SPR menangguhkan proses pengundian hari ini kerana hujan lebat dan banjir.
“Pengundi kini sudah terputus hubungan kerana jalan sudah ditutup dan ada dikalangan mereka takut meninggalkan rumah untuk keluar mengundi ekoran banjir di kawasan mereka.


Bagaimana pun SPR menyatakan tidak akan menangguhkan proses pengundian dan berpuas hati dengan jumlah pengundi yang keluar.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Md. Asri Amir ketika dihubungi berkata keadaan masih lagi terkawal walaupun hujan lebat.
“Keadaan di sini (Tenang) masih lagi ok, tiada masalah. “Pusat-pusat mengundi bebas dari banjir,” katanya dipetuk Malaysian Insider
Sehubungan itu, SPR masih yakin mencapai sasaran awal peratus keluar mengundi sebanyak 80%.
“Sasaran awal ialah 80 peratus kerana undi hari Ahad, masih ada masa lagi, pengundian ditutup pukul 5 petang,” kata timbalan pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar
Sementara itu, DAP mendakwa banjir di dua pusat pengundian sudah “serius”. Pengundi tidak boleh menghampiri Dewan Orang Ramai Kg Paya Merah di Labis Timor and SMK Kamarul Ariffin di Bandar Labis Tengah.
( Ikuti liputan langsung hari pengundian disini – Ihsan Harakahdaily)


























