Oleh : Wan Zawawi Wan Hassan
KEMAMAN – Kursus lanjutan yang akan diadakan di setiap daerah adalah sangat penting sebagai ‘pemanas’ ilmu bagi guru yang lama dan panduan kepada guru-guru baru.
Ahli Jawatankuasa Majlis Guru PASTI (MGP) Negeri Terengganu Cikgu Hasnah A Bakar berkata, kursus dianjurkan Unit Kurikulum PASTI Negeri Terengganu akan meningkatkan kemahiran penggunaan buku teks, alat bantu mengajar dan buku sukatan.
“Kursus ini diadakan mengikut peringkat zon…….bagi Kawasan Kemaman dan Dungun pada 8 Oktober 2016, 14 Oktober bagi kawasan Besut dan Setiu, 15 Oktober bagi kawasan Kuala Nerus dan Hulu Terengganu, 21 Oktober bagi kawasan Kuala Terenggau dan Marang,”ujarnya.


Sehubungan itu, beliau berkata, Kursus Lanjutan bagi semua guru PASTI Kemaman akan diadakan pada 8 Oktober 2016, Sabtu bermula Jam 9.00 pagi di PASTI Abrar, Kerteh.
Katanya, semua pembentang pengisian dalam kursus tersebut dikalangan mereka yang cukup berpengalaman dan sangat pakar dalam kurikulum PASTI.
“Kursus akan diadakan pada hari sabtu ini ialah Bacaan Saf Pagi, Alat Bantu Mengajar (ABM), Kurikulum 4 Tahun (K4T) dan Kurikulum 5 dan 6 Tahun,
“bahan-bahan diperlukan semasa kursus ini ialah Buku teks mengikut subjek yang di ajar, Alat Tulis & Buku Sukatan,”jelasnya.





























