Kurangkan Karenah Birokrasi

2497

KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS memutuskan, setiap borang pemohonan samaada daripada Jabatan kerajaan atau pun rakyat tidak perlu mendapatkan tandatangan Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) bagi mengyrangkan karenah birokrasi.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Dan Perpaduan Nasional Haji Hanafiah Mat berkata, selepas hari raya aidil fitri ia aakn dikuatkuasakan dan borang permohonan boleh di hantar terus ke pejabat yang berkenaan.

“Permohonan kebajikan samaada penyakit kronik dan seumpamanya tak perlu borang itu sampai ke pejabat saya ataupun pejabat DUN mana-mana,

“dan kesemuanya akan diluluskan di Tabung Darul Iman bagi mempercepatkan proses memperolehi sumbangan ataupun memperolehi dana dari tabung tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan dan menyampaikan cek saguhati perkahwinan ibu dan bapa tunggal serta pinjaman modal program Jaya Diri (PJD) di Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) di Kuala Terengganu pada Rabu, 5 Jun.

Katanya, pada hari ini Kerajaan Negeri Terengganu yang dipimpin oleh Menteri Besar (MB) YAB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar akan memfokuskan setiap projek yang di buat untuk kepentingan rakyat.

“Matlamatnya adalah satu iaitu untuk memberikan kesejahteraan dan keselesaan kehidupan kepada semua lapisan masyarakat melalui moto maju dan sejahtera serta berkat,

“dan jadi agenda kepimpinan di bawah menteri besar 10 agenda utama akan di beri fokus bagi memastikan moto ini tercapai,

“serta tidak akan berlaku lagi ‘birokrasi’ dalam semua pelbagai sumbangan ataupun hal yang berkaitan dengan kebajikan,” ujarnya.

Menurutnya, jabatan dan agensi sektor awam sebagai pelaksana dasar dapat memberi perkhidmatan secara cakna, prihatin serta peka dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat dengan penyelesaian yang terbaik.

“Saya yakin dan percaya bahawa seluruh agensi dibawah portfolio Pengerusi Jawatankuasa saya ini akan mengurus dan memperkasa agenda sosial rakyat negeri Terengganu ini secara ‘total’ hala tuju yang terlibat telah digariskan sejajar dengan hasrat kerajaan negeri,

“dan di kesempatan ini juga saya mengharapkan bahawa badan-badan NGO yang bernaung di bawah jabatan atau agensi yang diberikan bantuan pentadbiran,

“seperti bantuan untuk kelab ibu tunggal dan warga emas serta lain-lain dapat memperkasakan perkhidmatan mereka kepada ahli-ahli,” jelasnya.

Tambahnya, seramai 119 orang pasangan ibu dan bapa tunggal dari seluruh negeri mendapat saguhati perkahwinan.

Dan katanya, seramai 67 orang penerima pinjaman modal Program Jaya Diri (PJD) yang berjumlah RM 620 ribu ringgit daripada daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus untuk menambahkn pendapatan keluarga serta keluar daripada kemiskinan.

“Percayalah sesungguhnya kita rakyat negeri Terengganu amat bertuah kerana di bawah kepimpinan YAB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar,

“dan insya Allah pada 30 Jun kerajaan akan mengadakan perkhwinan beramai – ramai sebagai satu Manifesto kerajaan,

“serta satu lagi insentif kepada pasangan muda yang baru berkahwin buat kali pertama bagi mengurangkan kos perkahwinan anak-anak muda pada hari ini,” tambah Haji Hanafiah lagi.