KT Bypass Jalan Persekutuan Tapi Negeri Tanggung!

2039

Kerajaan Persekutuan terus memperbodohkan Kerajaan BN Terengganu. KT BYPASS merupakan jalan persekutuan yang mesti dibina oleh Kerajaan Persekutuan daripada peruntukan mereka.

Kerajaan Persekutuan melalui agensi-agensi Persekutuan tidak pernah lupa dan berkecuali untuk memungut GST dan segala bentuk cukai bawah bidangkuasa mereka daripada rakyat Terengganu. http://www.kkr.gov.my/ms/node/38680

Penyata Kewangan Negeri Terengganu 2016 bawah perbelanjaan pembangunan iaitu P 04910 anggaran perbelanjaan projek sebanyak RM250 juta.

Jika projek ini dilaksanakan dengan peruntukan Kerajaan Persekutuan, maka Kerajaan Negeri boleh menggunakan sebahagian daripada RM250 juta untuk membantu rakyat yang miskin dan tidak memadai dengan bayaran pampasan pengambilan tanah dan rumah mereka kerana projek ini.

Kerajaan Negeri juga boleh menggunakan RM250 juta untuk kepentingan rakyat di bawah bidangtugas Kerajaan Negeri.

Antaranya, Kerajaan Negeri boleh menaja biasiswa RM25,000 setiap mahasiswa yang berjumlah seramai 10,000 orang untuk menamatkan Ijazah pertama di Institusi Pengajian Tinggi.

Kerajaan Persekutuan terus mengabaikan tanggungjawabnya dan Kerajaan Negeri terus pening dalam mengurus pembangunan negeri.

Ini adalah salah satu senarai projek Persekutuan dengan menggunakan peruntukan Negeri.. Senarainya panjang.. Tunggu siri BONGKAR ISU yang seterusnya..

YB USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH
Ketua Penerangan PAS terengganu.
8 Jamadil Akhir 1439H / 24 februari 2018
SABTU.