Terengganu, Malaysia

“Kristian Agama Rasmi” hanya mainan politik pilihan raya

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita47/hadisalam-bendahara.JPG

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2011/05/hadisalam-bendahara.JPGKUALA TERENGGANU – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan semua pihak agar tidak melakukan provokasi hingga mencetuskan ketegangan kaum di negara ini kerana isu “Kristian agama rasmi”.

Menurutnya, ia hanya satu permainan politik pilihan raya tidak demokratik yang sengaja cuba dicetuskan pihak tertentu setiap kali menjelang pilihan raya.

“Saya melihat isu (agama Kristian) sehari dua ini lebih bersifat kepada satu permainan politik pilihan raya.

“Saya harap jangan provokasikan disaat hampir pilihan raya macam masa-masa lalu. Kemudian ambil tindakan ISA di kalangan orang tertentu. Ini suatu tindakan yang tidak demokratik dan tidak betul,” tegasnya kepada media selepas perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Yang Keempat, Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-12, di Wisma Darul Iman, Isanin, 9 Mei

[Gambar – Presiden PAS bersalaman dengan Tengku Seri Bendahari Raja Bendahara, Tengku Mustaffa Kamel Sultan Mahmud sebelum sidang DUN dirasmikan]

Katanya, dalam Konvensyen Pakatan Rakyat semua parti menerima apa yang sudah diasaskan dalam Perlembagaan.

Menurutnya, Islam agama Persekutuan dan Institusi Raja-Raja yang termaktub dalam Perlembagaan diterima sebulat suara oleh Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, beliau yang juga ADUN Rhu Rendang menjelaskan sebarang kenyataan mesti diambil dari pemimpin utama parti dan bukan di kalangan orang bawahan.

“Kita ada mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat. Sebarang isu, kita akan bincang di mesyuarat Pakatan Rakyat. Dengan sebab itu, saya tidak risau dengan isu ini.

“Sebab, saya melihat isu ini lebih ke arah isu ‘mainan’ politik pilihan raya. Ini satu benda yang tidak betul di kalangan pihak tertentu,” ujarnya.

Beliau selaku Anggota Parlimen Marang mahukan semua pihak perlu menjaga keharmonian kaum dalam negara ini.

Katanya, semua parti-parti yang berdaftar memahami asas-asas Perlembagaan yang menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Kita harus menjaga keharmonian. Sebabnya, semua kaum dan semua parti-parti politik termasuk dalam Barisan Nasional, MCA, MIC, Gerakan termasuklah DAP dan parti-parti di Sabah dan Sarawak.

“Mereka mendaftarkan sebagai parti politik yang berdaftar. Maknanya, mereka menerima asas-asas Perlembagaan. Antaranya, Islam adalah agama Persekutuan itu sudah diterima,” jelasnya.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan