Krisis Mesir; Panel Menggantung Tugas, Referendum Perlembagaan DiTangguh

998

Sepuluh ahli panel penggubalan perlembagaan baru Mesir telah memberhentikan kerja mereka dan menggantung tugas mereka selepas pihak berkuasa menahan penunjuk perasaan dan melepaskan tembakan amaran , meriam air dan gas pemedih mata pada perhimpunan Kaherah.

Polis Mesir telah menangkap dan menahan lebih daripada 70 orang penunjuk perasaan di antara ribuan penunjuk perasaan yang berhimpun di Kaherah kerana bantahan terhadap satu artikel di dalam undang-undang asas yang disemak semula.

Seorang pegawai keselamatan berkata, Artikel itu diubah membolehkan tentera mendakwa dan membicarakan orang awam dalam kes-kes tertentu.

Hoda El- Sadda , seorang anggota kanan panel, berkata bahawa dia dan sembilan yang lain telah menggantung kerja pada hari Selasa selepas penangkapan penunjuk perasaan , termasuk aktivis terkemuka.

Menurut polis, mereka menahan penunjuk perasaan kerana demonstrasi tidak dibenarkan, merujuk kepada undang-undang baru berhubung himpunan atau protes yang digubal, memerlukan penganjur protes untuk memberikan tiga hari notis bertulis kepada pihak berkuasa.

Al Jazeera melaporkan, pada Selasa bahawa sebahagian daripada penunjuk perasaan cuba untuk berkumpul semula di dataran Taat Harb, pusat bandar Kaherah , di mana polis menggunakan meriam air dan gas pemedih mata ke atas mereka.

Antara 74 orang yang ditahan itu adalah Mona Seif , pengasas kempen menentang perbicaraan tentera ke atas orang awam, dan Ahmad Harara , doktor gigi yang hilang matanya kerana ditembakc ketika protes terhadap Hosni Mubarak pada tahun 2011 dan terhadap junta tentera yang memerintah Mesir selepas kejatuhan Mubarak .

Dalam bantahan pertama pada hari Selasa , kira-kira 100 aktivis sebahagian besarnya sekular bangkit di jalan-jalan untuk memperingati seorang aktivis Gaber Salah , yang dikenali dengan nama samaran ” Gika “, dibunuh oleh polis tahun lalu.

Polis cepat dikerahkan, dan seseorang pegawai memberitahu perhimpunan mereka tidak mempunyai permit, kata aktivis.

Beberapa jam kemudian, penunjuk perasaan berhimpun di hadapan Majlis Syura pada hari Selasa , di mana panel perlembagaan duduk bekerja, dan polis menggunakan meriam air untuk menyuraikan mereka serta kemudian membuat tangkapan.

Aktivis Mohamed Salmawy , jurucakap berhimpun konstituen berkata, sebelum ini pada hari Selasa bahawa referendum mengenai perlembagaan Mesir yang dfipinda akan diadakan pada bulan Disember, merupakan satu langkah yang penting ke arah pilihan raya.

Sebaliknya ia bercanggah dengan komen yang dibuat oleh Perdana Menteri Beblawi pada hari Ahad apabila dia berkata bahawa referendum hanya akan diadakan pada separuh kedua bulan Januari.