Krisis Kemanusiaan Paling Teruk Dalam Sejarah Melanda Yaman

1369

Ketua kemanusiaan PBB di Yama n memberi amaran bahawa mangsa perang negara itu boleh menjadi bencana kemanusiaan yang paling teruk dalam tempoh setengah abad.

Negara paling miskin di dunia Arab yang telah bertahan hampir tiga tahun kerana perang antara pemberontak Houthi dengan Pakatan Arab yang disokong tentera yang setia kepada Presiden dalam buangan Abd-Rabbu Mansour Hadi .

Konflik tersebut mempunyai kesan yang amat buruk, menyebabkan kekurangan makanan dan wabak taun meluas serta menyebabkan berjuta-juta orang yang memerlukan bantuan kemanusiaan.

“Keadaan di Yaman pada hari ini, sekarang (ini), penduduk di negara ini (itu) ……..kelihatan seperti sedang menghadapi ‘hari kemusnahan’,” kata Mark Lowcock, Penolong Setiausaha PBB bagi hal ehwal kemanusiaan dan penyelaras bantuan kecemasan, semalam.

“Wabak taun adalah mungkin yang paling teruk di dunia yang pernah dilihat dengan jutaan kes disyaki sehingga akhir 2017.” Tambahnya.

Beliau menegaskan, wabak baru ‘difteria’ yang dahsyat, penyakit bakteria yang sepatutnya boleh dicegah melalui imunisasi, telah menjejaskan sehingga 500 orang warga Yaman dan mengakibatkan berpuluh-puluh kematian dalam beberapa minggu yang lalu.

“Ia akan menyebar cepat sekali, umpama api membakar……..Jika keadaan berubah, kita akan mempunyai bencana kemanusiaan yang paling teruk di dunia untuk 50 tahun,” jelasnya.

Komen Lowcock datang sebagai respons terhadap Tabung Tindakan Kecemasan Central PBB (CERF) yang memperuntukkan $50 juta untuk meningkatkan usaha bantuan di Yaman, di mana lebih daripada lapan juta orang berada di ambang kebuluran.

Jumlah wang yang merupakan peruntukan terbesar yang pernah dibuat oleh CERF dan mencerminkan keadaan buruk di Yaman, yang sudah menjadi salah satu negara termiskin di dunia Arab, sebelum bermulanya perang pada tahun 2015.

Lowcock berkata wang itu akan membantu menyediakan bantuan yang diperlukan untuk tahun akan datang.

“Hakikatnya bahawa saya melakukakan sesuatu bukan sebagai pengukur kejayaan, (tetapi) itu adalah tanda betapa terdesaknya keadaan itu,” katanya kepada Al Jazeera.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Jumaat, PBB berkata, wang itu akan ‘membolehkan skala sehingga bantuan menyelamatkan nyawa segera’ di Yaman.

Ia akan ditumpukan ke arah pencegahan kebuluran, serta membantu orang awam yang terjejas akibat konflik yang sedang berlangsung.

Sebahagian wang itu juga akan digunakan untuk menyokong perkhidmatan awam yang semakin merosot di negara itu.