Krisis di Sabah; Jalan Diplomatik Tersekat

1154
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/sabah-semporna-20130304.jpg

Aquino memberitahu berita televisyen nasional negaranya , dalam taklimatnya beliau berkata,  beliau telah bercakap dengan Najib awal Sabtu lalu, selepas kejadian tembak menembak berlaku antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata penyokong Jamalul Kiram III.

Kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Tentera DiRaja Sultan Sulu telah tiba di pantai bandar Lahad Datu, Sabah, pada pertengahan Februari untuk menyerlahkan tuntutan mereka ke atas wilayah tersebut.

Aquino berkata, Najib menolak permintaan beliau untuk satu lagi pusingan rundingan dan berkata kejadian tembak menembak telah menyebabkan kekacauan,  kehilangan nyawa dan kemarahan di kalangan rakyat Malaysia.

Dilaporkan, seramai 27 orang telah menjadi korban dalam dua kejadian tembak-menembak di Lahad Datu dan Semporna.

Sehubungan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah diberi kuasa “menggandakan” polis dan angkatan tentera yang dikerahkan memasuki keadaan tegang terbabit.

“Tambahan dua batalion tentera telah dihantar ke Sabah,” kata Najib yang telah berikrar akan menghalau keluar penceroboh, dipetik oleh agensi berita Bernama.

Rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan serangan, yang bermula tiga minggu lalu apabila anggaran 100-300 orang penceroboh telah dikepung oleh polis dan tentera di perkampungan petani, Tanduo di Lahad Datu.

Pertelingkahan bersenjata pada Jumaat lalu telah menyebabkan 12 penceroboh dan dua polis terbunuh.

Kebimbangan penyusupan gerila yang lebih ramai telah meningkat selepas berlaku satu lagi pertempuran senjata pada hujung minggu di Semporna, sebuah bandar yang mengambil beberapa jam perjalanan dari Lahad Datu, di mana enam polis Malaysiadan lelaki bersenjata telah terkorban, menurut pihak berkuasa.

Seorang wartawan AFP di Semporna melihat mayat tiga lelaki bersenjata yang disyakki, penuh dengan luka tembakan, terbiar dihurung lalat dan berbau busuk, dalam pada berpuluh-puluh orang penduduk telah membungkus barang-barang mereka dan meninggalkan bandar itu.

Penduduk yang ditemui berkata, ia adalah mayat lelaki penceroboh bersenjata yang telah dibunuh oleh polis.

“Bandar kami yang damai sebelum ini, kini telah menjadi satu mimpi ngeri untuk terus tinggal di sini,” Julasri Yaakob, 38, memberitahu ketika beliau meletakkan satu beg penuh berisi pakaian ke sebuah lori, besama anak perempuannya yang masih kecil.

“Kami sedang bergerak keluar kerana keadaan di sini yang tidak menentu. Kami mendengar tembakan. Anak-anak saya takut,” katanya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/krisis%20sabah.jpgSekurang-kurangnya 18 suspek militan dan lapan pegawai polis telah terbunuh dalam gunfights, manakala pihak berkuasa berkata seorang lelaki bersenjata telah dipukul sehingga mati oleh penduduk kampung di Semporna pada hari Sabtu.

Di Manila, Jamalul Kiram III, 74 tahun menegaskan, pengikutnya lelaki bersenjata yang menceroboh itu bersedia untuk mati bagi mempertahankan tuntutan beliau ke atas Sabah, yang pernah dikawal oleh kesultanannya yang tidak lagi berfungsi lagi kini.

Penyokong penceroboh di Filipina telah menjadikan ruang siber untuk kempen mereka pada hari Isnin, memanipulasi penyenaraian Google untuk hantar mesej sokongan kepada pencerobohan.

Hasil carian Google untuk perkataan “Sabah” telah memaparkan catatan “Wikipedia” menyorot pendudukan Malaysia ke atas Sabah sebagai ‘tidak sah’.

Portal berita Filipina telah berkata beberapa laman web di negara itu juga telah dirosakkan oleh penggodam pro-Malaysia.

Identiti sebenar lelaki bersenjata kekal misteri, tetapi ketua angkatan tentera Malaysia Zulkifeli Zin memberitahu dalam satu sidang akhbar di Sabah pada hari Ahad bahawa mereka muncul sebagai indiviu yang mempunyai pengalaman pertempuran gerila.

Kawasan selatan Filipina bersebelahan dengan Sabah telah menghadapi ketegangan selama beberapa dekad oleh pemberontakan Islam.

Pihak berkuasa Malaysia yang majoritinya adalah orang Islam menyeru supaya seluruh rakyat untuk bertenang dan berkata keadaan adalah di bawah kawalan, tetapi pihak pmbangkang telah menuduh kerajaan menjadi punca kejadian yang menyebabkan kematian polis.

Di Semporna, sekolah, kedai dan pejabat-pejabat kerajaan telah ditutup, tetapi terdapat sedikit tanda-tanda kehadiran ramai anggota pihak keselamatan di bandar itu walaupun pertempuran meletus baru-baru ini dan penduduk telah melarikan diri.

Sabah telah dilihat sebelumnya berskala kecil menjadi rentasan sempadan dan serbuan dari militan Islam serta penyamun lain dari Filipina.

Kuasa Kesultanan Sulu pudar kira-kira satu abad yang lalu tetapi ia telah terus menerima bayaran nominal dari Malaysia ke atas Sabah, di bawah perjanjian pajakan yang diwarisi daripada kuasa penjajah Eropah – Terjemahan bebas AFP / CNA / ir