Kos LPT2 Bertambah RM800 juta Kerana Kelewatan Pembinaan

2559

Laporan 2012 Ketua Audit Negara mendedahkan hari ini, kerajaan terpaksa membelanjakan tambahan RM800 juta wang rakyat untuk menyiapkan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) sebahagian besarnya disebabkan kelewatan oleh kontraktor.

Menurut laporan itu, kontraktor berkenaan dilantik oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) yang turut dinyatakan sebagai lemah dalam tugasnya untuk membina Fasa Dua LPT sepanjang 139.4km.

Pembinaan lebuhraya yang menyambungkan Kuantan, Pahang ke Gemuroh, Terengganu itu sepatutnya siap pada akhir Mac 2009 dan menelan bajet RM2.09 bilion.

Faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kos yang lebih tinggi termasuk kenaikan harga bahan binaan yang menambahkan perbelanjaan kerana ia lambat disudahkan.

“Kos ini terutamanya disebabkan oleh peningkatan bahan-bahan pembinaan yang menyebabkan harga tender untuk tender semula beberapa pakej meningkat secara drastik. Faktor-faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan kos bayaran tambahan untuk pembelian tanah , peningkatan kos reka bentuk dan keselamatan, pembinaan plaza tol dan komponen tambahan , “kata edisi terkini laporan itu, yang dibentangkan di Parlimen hari ini.

Laporan audit menyatakan audit yang dibuat dalam jangka masa enam bulan bermula pada Jun tahun lepas, mengesan kemajuan JKR yang menganugerahkan 16 pakej LPT2 melalui tender terbuka kepada 16 kontraktor Bumiputera untuk jalan jalan 120km .

Sedang apa yang berlaku adalah, sejak dari awal kontrak LPT2 dibuat secara tender tertutup dengan memilih kontraktor yang disenaraikan sahaja serta proses tender semula beberapa pakej telah diberikan semula kepada kontraktor yang gagal sebelumnya.

Ia diakui oleh kerajaan negeri Terengganu dalam jawapan dalam beberapa siri mesyuarat Dewan Undangan Negeri Terengganu pada tahun lalu.

Justeru, laporan tersebut menyebut menjejaki ‘ketempangan’ yang membawa kepada peningkatan perbelanjaan tambahan sebanyak RM800 juta.

Antaranya adalah, sembilan daripada kontraktor terlepas tarikh akhir mereka , dengan lain perkataan ‘mungkir’ dalam menyiapkan projek mengikut ketetapan tarikh yang dipersetujui.

Perkara tersebut telah membawa kepada lanjutan kontrak antara lapan hingga 18 bulan, dengan kerajaan terpaksa membelanjakan RM31.87 juta dalam perubahan harga.

Selepas diberi lanjutan, sembilan kontraktor didapati gagal menyiapkan projek menurut jadual da nada diantaranya yang menyerahkan kembali kontrak kepada kerajaan yang membawa kepada penamatan bersama kontrak.

Malangnya, apabila ditender semula, kontraktor sama yang ‘engkar’ itu dilantik semula, melaksanakan kerja yang telah tertangguh.