Korban Sudan YAMCT 2017; Tahniah Dan Terima Kasih

1925

Saya mewakili Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) mengucapkan terima kasih kepada seluruh delegasi yang mengikuti program pada kali ini. Pencapaian kita mendapatkan sumbangan 475 ekor lembu dan 564 ekor kambing amat memberangsangkan.

Segala usaha yang tuan-tuan jalankan bagi menghebahkan program tahunan YAMCT ini saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Jumlah lembu dan kambing yang diperolehi itu adalah demi kebajikan dan kemanusiaan para pelarian di sempadan Sudan dan Ethiopia. Sesungguhnya mereka memerlukan lebih dari itu.

Sokongan moral dan harta kepada para pelarian itu bagi menjamin kehidupan yang lebih baik. Taraf kehidupan mereka terkebelakang 20 tahun dari negara kita. Serba kedaifan, dengan bekalan elektrik terhad dilokaliti pekan sahaja, air dicatu dan kemudahan asas lain yang menyedihkan.

Jutaan terima kasih juga kepada seluruh para penyumbang daging qurban yang mendaftar di bawah YAMCT. Sesungguhnya sumbangan tuan² dan puan² bukan sekadar ibadah, tetapi ianya adalah jihad kemiskinan bagi membantu saudara seagama dihujung dunia ini. Terima kasih kerana membantu kami dalam membantu para pelarian yang mencecah lebih dari satu juta itu.

Akhir sekali saya ucapkan terima kasih kepada para penyumbang yang membantu meringankan lagi perjalanan kami ke bumi Sudan. Antara para penyumbang tersebut adalah;

1. Sabas

un Hyperruncit Sdn Bhd
2. HRM Travel & Tours
3. Aqila Industries
4. Pondok Tahfiz At Tauhid
5. Eyeris Optometri Kemaman
6. Ko Insaf Sdn Bhd
7. Wallbina Developement Sdn Bhd
8. Restoran Maryam Garden

Saya mengharapkan segala usaha dan amalan kita mendapat redha Allah.
.
Amal kerana Allah
.
Suhazeli Abdullah
Ketua Delegasi #AmalQurban YAMCT
Sudan 2017