Angka kematian akibat banjir yang melanda Kerala di selatan India Kerala meningkat kepada 445 orang.
Sebanyak 28 lagi mayat ditemui pada Ahad ketika air semakin surut dan pembersihan besar-besaran ditingkatkan, kata pegawai kerajaan.
Ketua Menteri Kerala, Pinarayi Vijayan dalam tweet mengatakan bahawa lebih daripada 130,000 rumah yang dilanda banjir atau hampir sepertiga daripada mereka yang terjejas, telah dibersihkan.
Pihak berkuasa juga sedang dalam proses memulihkan sambungan elektrik.
Orang yang kembali ke rumah mereka telah diberitahu supaya sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga serangan ular dan penyakit.
Pihak berkuasa negeri dan pakar hidupan liar telah membentuk pasukan untuk membantu mereka yang telah menjumpai ular di rumah mereka, menurut media tempatan.
Dengan jumlah kematian yang meningkat setiap hari, pihak berkuasa Kerala berkata, “proses wajar akan diikuti untuk menentukan sama ada semua kematian ini adalah berkaitan banjir”.
Seorang lelaki berusia 68 tahun membunuh diri Rabu selepas melihat keadaan rumahnya yang musnah di Kothad di daerah Ernakulam.
Seorang budak lelaki berusia 19 tahun mengambil nyawa sendiri awal minggu ini kerana sijil sekolahnya dimusnahkan oleh banjir, kata polis.
Kerajaan mengatakan bahawa lebih daripada 10,000 kilometer (6,000 batu) jalan raya telah musnah atau rosak manakala seorang anggota parlimen berkata 50,000 rumah telah hilang.
Dalam perkembangan lain, jumlah kematian akibat gempa bumi yang melanda Indonesia timur sejak awal bulan Ogos telah meningkat bencana gempa bumi menjadi 563, menurut seorang pegawai pejabat Kementerian Hal Ehwal Sosial pada hari Sabtu.
Menurut kenyataan Ketua Umum Kementerian Untuk Keselamatan Harry Hikmat, lebih 7,000 orang juga cedera di pulau timur Lombok.
Hampir 75,000 rumah rosak dan 431,436 orang terpaksa meninggalkan rumah mereka.
Dua lagi gempa bumi dengan magnitud 6.3 dan 6.9 melanda pulau itu selepas magnitud 7.0 gempa bumi melanda Lombok pada 5 Ogos.
Dalam tempoh 20 hari yang lepas, sekurang-kurangnya 1,000 gempa susulan direkodkan di pulau itu.
Pihak berkuasa bimbang angka kematian akan terus meningkat apabila usaha mencari dan menyelamat dikakukan.











