SETIU – Berkonsepkan konvoi santai sambil berdakwah, Pemuda Unit Peti Undi Kerandang, DUN Jabi menganjurkan satu konvoi bermotosikal ke Pantai Peranginan Bukit Keluang yan disertai 30 buah motosikal dan lima buah kereta pada pagi Jumaat 19 Februari 2016.


Dalam ucapannya, beliau mengingatkan anak-anak muda supaya sentiasa menjaga agama di mana sahaja kita berada.
“Islam tak melarang untuk kita beraktiviti dan bersosial kerana Islam bukanlah agama yang menyekat semua minat manusia. Tapi Islam datang dengan matlamat untuk memimpin dan membimbing supaya segala aktiviti dan minat dapat dipandu berdasarkan syariat Ilahi.” Ujar Ustaz Zulbhari.


Di samping itu disempurnakan juga program agihan risalah dakwah kepada pengunjung-pengunjung pusat perkelahan yang agak terkenal di Besut ini.
Rata-rata peserta konvoi yang ditemui melahirkan keterujaan mereka dapat turut bersama dalam aktiviti santai tetapi bermanfaat sebegini dan berharap semoga ianya terus dapat diadakan dari semasa ke semasa.




























