Konvoi Jelajah ‘R’ Bermula; Terima Kasih Anak Muda Kuala Nerus

1104
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/Konvoi%20R%20Kuala%20Nerus.jpg

Skuad BO, Syed Solah Syed Hassan yang turut menyertai program tersebut melaporkan sebanyak 500 risalah dan 1,000 keping pelekat ‘R’ telah didedarkan ddalam program terbabit.

“Alhamdulillah…penerimaan orang muda terhadap (kempen) ‘R’ Royalti amat baik…….berjaya menghabiskan (mengedarkan) 500 keping risalah dan lebih kurang 1000 keping stiker (pelekat) telah,

“(sekretariat) ‘R’ akan membuat konvoi jelajah ke seluruh parlimen (dalam negeri) Terengganu bermula minggu ini,”tulis Syed Solah.

[Gambar – Pengerusi ‘R’ Terengganu, Lohd Fauzi Abu Samah bersama Dato’ Raja Kamarul Bahrin menjelajah sambil mengedarkan risalah penerangan tuntutan royalti di paar minggu Teluk Ketapang petang Jumaat 18 Januari]

Menurut beliau  program ‘Konvoi R’ yang dianjurkan Sekretariat ‘R’ Terengganu bagi menyalurkan maklumat kepada orang ramai, bermula di Parlimen Kuala Nerus dan akan bergerak ke Parlimen Hulu Terengganu pada minggu depan.

[Lihat Video Anak Muda Bertanya Tentang Royalti]

Syed Solah yang juga Setiausaha Kerja Sktretariah ‘R’ menyeru anak-anak muda di Hulu Terengganu bangkit bersama-sama ‘R’ menjayakan kempen tuntutan agar royalti minyak dikembalikan kepangkuan rakyat dan negeri Terengganu.

“saya menyeru kepada seluruh anak muda di Hulu Terengganu supaya dapat bersama-sama kami menjayakan kempen mengembalikan royalti di negeri Terengganu,

“ini (ia) adalah hak rakyat…isu rakyat…kita ketepikan dulu fahaman politik…yang penting hak kita yg telah dicabul (mesti) dikembalikan balik…,”tambahnya.

Beliau mewakili Sekretariat ‘R’ mengucapkan terima kasih kepada sambutan yang diberikan oleh anak-anak muda di Kuala Nerus.