Kongres Profesional Muslim Kali Pertama

1713

Sekretariat Gabungan NGO Professional Muslim Malaysia akan menganjurkan Kongres Profesional Muslim SEMALAYSIA pada 11 April 2015 bertempat di Galeri Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Ampang, Selangor.

Kongres yang julung-julung kali di adakan di Malaysia ini bertujuan mengumpul dan menggarap para professional seluruh Negara bagi menyuarakan dengan jelasnya kepada seluruh Malaysia aspirasi mereka bahawa Malaysia dan dunia perlu membuka peluang kepada Islam bagi memberi penyelesaian kepada pelbagai kemelut yang dihadapi umat manusia.

Melalui platform kongres ini, para professional akan dengan tanpa ragu menyatakan pendirian mereka bersandarkan kepada keilmuan, kemahiran dan profesionalisma yang ada pada mereka.

Golongan profesional muslim juga dengan jelasnya memberi kepercayaan kepada PAS sebagai organisasi yang benar-benar komited mengetuai gerakan membawa cara hidup berasaskan Islam di Negara ini, melalui kepimpinan Ulamak iaitu kalangan mereka yang mahir dalam prinsip prinsip yang digariskan Al Quran dan As Sunnah sebagai teras terpenting sebuah cara hidup Islam.

Mazli Zakuan Mohd Noor1Antara lain, kongres bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

1. Menzahirkan keyakinan golongan profesional bahawa Islam adalah jalan penyelesaian kepada permasalahan negara dan dunia hari ini.
2. Menjelaskan komitmen golongan professional kepada PAS sebagai peneraju perjuangan menegakkan sistem hidup Islam secara holistik di Malaysia.
3. Menegaskan dokongan golongan professional terhadap kepimpinan Ulama’ dalam membawa negara menuju sebuah cara hidup Islam yang adil, makmur dan progresif.
4. Menyeru golongan profesional bergandingan dengan Ulama’ agar bertindak secara kritis di atas asas ilmu dan profesionalisma dalam mengambil Islam sebagai jalan penyelesaian masyarakat seterusnya memberi input secara efektif dan bertanggungjawab.

Sebanyak lima kertas kerja akan dibentangkan oleh professional yang pakar dalam bidang masing-masing, yang dijemput khusus untuk berkongsi pandangan mereka berkaitan subjek kongres ini. Satu resolusi kongres akan dihasilkan di akhir kongres melalui sidang pleno. Resolusi akan dipanjangkan kepada pihak-pihak berkenaan.

Kongres dibuka untuk penyertaan dikalangan ahli-ahli badan profesional berkanun seperti Institution of Engineer Malaysia (IEM), Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM), Institute of Surveyors Malaysia (ISM), Persatuan Peguam Muslim Malaysia, tokoh-tokoh korporat, ahli-ahli akademik daripada university kerajaan dan swasta, anggota perbadanan-perbadanan kerajaan seperti Petronas, Khazanah Nasional dan sebagainya, ulama’ – ulama’ akademik dan wakil persatuan-persatuan pelajar.

MAZLI ZAKUAN MOHD NOOR
Timbalan Pengarah,
Kongres Profesional Muslim SeMalaysia.
Selasa 17 Mac, 2015/ 26 Jamad al-Awwal, 1436